CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 664|Reply: 1

Quantumania: Kang the Conqueror MVP sebenar!

[Copy link]
Post time 23-2-2023 12:32 PM | Show all posts |Read mode

FILEM Ant-Man and the Wasp: Quantumania mempunyai ‘vibe’ Star Wars dari segi tema filem dan latar tempat bernama alam Quantum.

Quantumania: Kang the Conqueror MVP sebenar!

MINGGU lalu, penulis berpeluang merasai ‘nikmat’ menonton filem terbaharu Marvel berjudul Ant-Man and the Wasp: Quantumania menerusi panggung wayang IMAX dengan teknologi laser bertempat di GSC – IOI City Mall 2, Putrajaya.

Secara peribadi, Quantumania merupakan filem pertama Phase 5 Marvel tidak kurang hebatnya. Paling meninggalkan dampak adalah terjemahan karakter Kang the Conqueror lakonan Jonathan Majors.


KANG the Conqueror yang dijayakan Jonathan Majors merupakan antara watak terpenting dalam Ant-Man and the Wasp: Quantumania.

Seperti apa yang pernah didedahkan pada episod terakhir siri Loki (2021) oleh penulis skrip, Michael Waldron, Kang merupakan villain cross-movie paling hebat dalam francais terbitan Marvel Cinematic Universe (MCU). Ternyata, memang tiada bohongnya.

Lakon layar, naratif ‘kurang’

Kang yang juga merupakan pencipta Time Variance Authority (TVA) dan mempunyai banyak karakter tersembunyi disifatkan sebagai penjahat atau villain Avengers berkelas A.

Karisma yang dibawa dalam Quantumania memang ‘chef kiss’ termasuk fizikalnya yang tegap sesuai membawakan watak penjahat.

Tak sabar rasanya menantikan tayangan filem stand-alone Avengers: The Kang Dynasty yang dijadualkan bertemu penonton pada 2025.

Secara peribadi, satu perkara yang ‘menyelamatkan’ Quantumania adalah Jonathan Majors sebagai Kang. Hal ini kerana dari segi jalan cerita dan lakon layar, filem arahan Peyton Reed itu bukanlah antara hasil yang terbaik.


PAUL Rudd kembali ‘menyengat’ dengan peranan adi wira kesayangan ramai bernama Ant-Man atau Scott Lang.

Dari segi plot atau naratif, duduk di bangku audiens kadang-kadang adrenalin itu tidak berderas laju dan bergerak seragam.

Ada masa menyeronokkan, ada ketika juga melemaskan dan kadang-kala, dilihat terlalu mencuba termasuk dari segi teknik janaan komputer (CGI) yang sangat ‘over the top’.

Sejujurnya, barangkali terlalu banyak penggunaan CGI disebabkan banyak adegan bermain dalam alam Quantum, rasa macam tonton filem Star Wars, namun dalam terjemahan Marvel.

‘Vibe’ Star Wars, Kang MVP

Pada permulaan cerita sahaja, terus terlintas ‘adakah ini nyata?’ kerana ‘vibe’ Star Wars sudah mula merasuki minda. Semuanya dek pertemuan Hope van Dyne dan Kang saling tak tumpah seperti latar lokasi filem ikonik tersebut.

Diperkuatkan lagi dengan makhluk-makhluk yang wujud dalam alam Quantum, sangat menggamit memori Star Wars. Barangkali pengarah memang peminat filem tersebut sehingga dijadikan referensi untuk Quantumania.


EVANGELINE Lilly yang menjayakan karakter sebagai Hope van Dyne atau Wasp antara watak signifikan dalam filem ketiga Ant-Man.

Kalau ditanya antara ketiga-tiga filem Ant-Man sebelum ini, secara peribadi ini yang paling kurang menyengat, namun Quantumania membentangkan ‘permaidani’ yang menarik untuk terus dikembangkan dalam Phase 5.

Phase 4 yang ditamatkan dengan penjahat bernama Thanos barangkali terlalu epik untuk fasa-fasa berikutnya.

Kendatipun, Quantumania merupakan satu permulaan yang agak bagus buat Phase 5 Marvel. Filem kali ini membuatkan minda, fizikal dan jiwa bergoncang menanti apa yang akan berlaku dalam dunia Marvel selepas ini.

Paul Rudd sebagai Scott Lang tidak mengecewakan, namun dalam dua filem terdahulu, terjemahan karakternya lebih bagus. Most Valuable Primate (MVP) dalam Quantumania sudah semestinya Kang.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/02 ... queror-mvp-sebenar/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2023 12:59 PM | Show all posts
Your writing is really great.  mapquest driving directions I’m so glad I read it. It kept me hooked the whole way through.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.892651 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list