CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 283|Reply: 0

[Kedah] Tiga kali isi diesel, rupanya seludup minyak

[Copy link]
Post time 2-3-2023 11:06 AM | Show all posts |Read mode
Tiga kali isi diesel, rupanya seludup minyak
Oleh Zuliaty Zulkiffli - Mac 2, 2023 @ 9:59am[email protected]


Kenderaan pikap yang dipandu lelaki warga asing disita selepas dipercayai cuba menyeleweng minyak diesel di sebuah stesen minyak di Changlun. - Foto NSTP/Ihsan KPDN




ALOR SETAR: Tindakan mencurigakan lelaki yang memandu kenderaan bernombor pendaftaran Thailand berulang-alik mengisi minyak diesel di sebuah stesen minyak yang sama di sekitar Changlun, membongkar kegiatan penyeludupan minyak.

Kegiatan itu dikesan selepas sepasukan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah melakukan pemantauan di kawasan itu, semalam.

Pengarah KPDN Kedah, Affendi Rajini Kanth, berkata dalam Operasi Penyeludupan Minyak Diesel yang dilakukan itu, anggotanya mendapati lelaki terbabit mengisi minyak ke dalam kenderaan pikap Toyota Hilux itu, tiga kali di stesen minyak berkenaan antara jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi.

Beliau berkata, tindakan mencurigakan lelaki warga asing berusia 50-an itu menyebabkan dia ditahan untuk tindakan lanjut.

"Anggota kami melakukan pemantauan hasil lima jam di kawasan itu untuk mengesan kegiatan warga asing yang cuba untuk menyeleweng minyak di kawasan sempadan Malaysia-Thailand.

"Walaupun hasil rampasan tidak banyak dan membabitkan nilai RM129, tindakan lelaki itu tetap melakukan kesalahan menyebabkan kenderaan itu disita dan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM89,129 termasuk kenderaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Affendi berkata, suspek kemudian direman empat hari bermula semalam hingga Sabtu ini.

Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) 2011.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.033374 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list