CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 301|Reply: 0

[Pulau Pinang] Mereka tahu berenang tetapi sudah takdir mereka 'pergi'...

[Copy link]
Post time 2-3-2023 12:17 PM | Show all posts |Read mode

Yusof ketika ditemui di Permatang Berangan di sini. FOTO DANIAL SAAD

Tasek Gelugor: Bapa kepada dua beradik lelaki yang lemas ketika mandi di Pusat Rekreasi Air Terjun Sungai Sedim di Kedah, Ahad lalu, sebak mengenangkan 'pemergian' dua anaknya.

Menyeka air matanya ketika menceritakan mengenai peribadi dua anak lelakinya itu, Yusof Mat, 67, tetap reda dengan ketentuan Ilahi.

Yusof berkata, dia mendapat berita berhubung tragedi menimpa anaknya, Mohamad Syafiq, 33 dan Mohamad Syazwan, 25, ketika sedang berehat di rumah.

"Pada mulanya, saya seakan tidak percaya kerana tahu anak-anak saya pandai berenang tetapi mungkin ketika itu berlaku pusaran air yang mereka tidak boleh berbuat apa-apa.

"Apabila mendapat tahu berita kematian mereka, (tiada) apa yang boleh saya katakan, selain reda dengan pemergian mereka.

"Dua beradik ini mereka sangat rapat, apatah lagi selepas ibu mereka meninggal dunia kira-kira 15 tahun lalu. Jika, hendak ke mana-mana mesti mereka akan pergi berdua. Mereka amat meminati sukan lasak seperti berkayak," katanya.

Terdahulu, Yusof menerima kunjungan Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Pulau Pinang, Mustafa Draman yang menyerahkan Pencen Penakat dan Faedah Pengurusan Jenazah hasil caruman salah seorang anaknya di rumahnya di Kampung Permatang Berangan, di sini, semalam.

Yusof berkata, dia juga sudah tidak boleh lagi bergantung kepada dua anaknya yang banyak membantu meringankan bebannya.

"Anak sulung saya sudah berumahtangga dan arwah (anak kedua dan bongsu) yang banyak membantu saya termasuk anak ketiga kerana saya sudah tidak lagi bekerja," katanya.

Jenazah dua beradik itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Tasek Gelugor, awal pagi Isnin.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... takdir-mereka-pergi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.114200 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list