|

MOHD Asri (dua dari kiri) berbual dengan Taufek (dua dari kanan) di HPP ketika mengunjung Jami@jumi yang terbabit dalam kemalangan. FOTO Zuhainy Zulkiffli
Georgetown: "Kemalangan ini adalah ketentuan-Nya dan mungkin sudah tiba masanya untuk ibu berehat kerana usia pun sudah mencecah 75 tahun," kata Taufek Marzuki, anak kepada Jami @Jumi Shariff, yang kehilangan kedua-dua kakinya selepas digilis trak angkat susun di Kompleks MASKargo di Bayan Lepas, di sini, Isnin lalu.
Taufek, 36, berkata, keluarga sudah banyak kali menasihati ibunya supaya berhenti kerja dan berehat di rumah namun dia enggan.
Menurutnya, ibunya seorang yang 'tidak pernah duduk diam' dan bekerja sebagai tukang cuci sekadar mengisi masa lapang.
"Bukan saja tiga anak, malah ayah juga sudah puas melarang ibu daripada bekerja pada usia berkenaan," katanya ketika menerima Kunjungan Ziarah Prihatin oleh Pengurus Pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Georgetown Mohd Asri Mohd Rasid dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Betong Mohd Tuah Ismail di Hospital Pulau Pinang (HPP), semalam.
Taufek berkata, ibunya bekerja selang sehari bagi tempoh dua atau tiga jam dan pulang dengan dijemput ayah sekitar jam 12 tengah hari.
"Dia bekerja bukan bagi mencari wang semata-mata malah gajinya juga tidak diusik," katanya.
Berikutan kecederaan parah, kaki kanan mangsa juga terpaksa dipotong sehingga ke paras betis selepas dibawa ke HPP pada hari kejadian.
Menurut Taufek, pada masa ini ibunya berada dalam keadaan stabil di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan dan doktor juga sedang mengawasi keadaan semasa kecederaan pada kaki kiri wanita terbabit.
"Ibu ditidurkan sejak kaki kanan dipotong dan kini perkembangannya stabil malah doktor beritahu bahawa jantungnya juga dalam keadaan baik.
"Buat masa ini, doktor masih mengawasi keadaan kaki kiri ibu yang mana difahamkan bahawa mereka cuba selamatkan namun masih tidak pasti keadaannya," katanya.
Sementara itu Mohd Asri berkata, kunjungan berkenaan adalah bagi mengenalpasti status kelayakan pekerja di bawah akta serta bantuan yang boleh diberikan kepada mangsa.
Katanya, bagi faedah kepada pekerja bermajikan mengikut Akta 4, atau skim perkhidmatan kepada yang bekerja sendiri (Skim Keselamatan Pekerjaan Sendiri), pencarum akan diberi perlindungan atau menerima manfaat sekiranya berlaku bencana atau kemalangan berkaitan dengan pekerjaannya.
"Bagi kes seumpamanya, pekerja yang mencarum boleh menerima manfaat perubatan, alat pemulihan dan lain-lain lagi justeru, bagi orang awam yang bekerja sendiri disaran mencarum dengan skim perlindungan yang ditawarkan.
"Perkeso juga kini mempunyai skim baru yang memberi perlindungan khusus kepada suri rumah di bawah Akta 838, Skim Keselamatan Sosial Surirumah (SKSSR) sejak 1 Disember 2022 lalu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... anak-wanita-digilis |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|