CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 311|Reply: 0

[Pulau Pinang] Hadir 58 kenduri, ziarah 36 kematian dalam kad laporan 100 hari YB Kepala Batas

[Copy link]
Post time 3-3-2023 11:33 AM | Show all posts |Read mode
Hadir 58 kenduri, ziarah 36 kematian dalam kad laporan 100 hari YB Kepala Batas


Oleh Essa Abu Yamin - Mac 3, 2023 @ 11:14am [email protected]







KUALA LUMPUR: Perkongsian kad laporan 100 hari Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad, mengundang pelbagai komen netizen terutama apabila menghadiri 58 kenduri turut disenarai antara pencapaian wakil rakyat itu.

Ramai dalam kalangan netizen mempertikai alasan Siti Mastura menyenaraikan 58 kenduri membabitkan majlis perkahwinan dan kenduri kesyukuran itu, selain 36 ziarah kematian sebagai antara pencapaian utama beliau.

"Kad laporan ni kalau kat syarikat swasta (atau mungkin juga badan kerajaan, saya tak pasti) cuma berkait dengan KPI (indeks pencapaian utama). Tak sangka ziarah kematian dengan kenduri pun KPI Ahli Parlimen," kata seorang pengguna Twitter.

"Kalau ziarah orang mati pun dikira sebagai pencapaian, baik orang Kepala Batas lantik penggali kubur je jadi Ahli Parlimen," kata seorang pengguna Twitter lain.

Di sebalik komen mengkritik, ada juga yang memuji pencapaian Siti Mastura menyenaraikan ziarah dan bantuan kepada mangsa musibah, selain bantuan warga emas, orang kurang upaya (OKU), orang sakit dan asnaf dalam kad laporan itu.

Turut disenarai, peranan Siti Mastura membangkitkan beberapa isu rakyat Kepala Batas di Dewan Rakyat, pertemuan bersama agensi kerajaan dan pemudahcara aduan rakyat.

"Hebat YB berkhidmat untuk masyarakat. Bangga dengan YB kepala batas. Terbaik. Abaikan orang yang tak senang duduk." kata pengguna di Facebook.

"Terbaik YB. Pedulikan apa orang lain katakan yang penting kerja untuk rakyat di Kepala Batas berjalan. Inisiatif yang baik dari YB menghebahkan laporan kerja sepanjang dilantik menjadi YB. Selamat berkhidmat," kata pengguna Facebook lain.

Kad laporan prestasi oleh wakil rakyat kebiasaannya dikongsi kepada umum untuk menunjukkan hasil kerja yang berjaya dicapai dalam tempoh tertentu.

Siti Mastura mencipta kejutan besar di kerusi Parlimen Kepala Batas apabila menewaskan calon pilihan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dengan majoriti 2,867 undi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Siti Mastura yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang dan bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) memperoleh 28,604 undi, manakala Reezal Merican dengan 25,737 undi.

Dua lagi calon iaitu Danial Abdul Majeed (Muda – PH) serta Hamidi Abu Hassan (PEJUANG) masing-masing memperoleh 14,214 dan 747 undi.









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.121426 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list