CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5575|Reply: 0

[Kedah] 34 rumah mangsa kepala air Kampung Iboi siap dibaik pulih

[Copy link]
Post time 13-3-2023 04:01 PM | Show all posts |Read mode
34 rumah mangsa kepala air Kampung Iboi siap dibaik pulih

BERNAMA



KEADAAN rumah yang terjejas selepas banjir lumpur di Kampung Iboi, Julai lalu. FOTO Luqman Hakim Zubir.



Alor Setar: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini diberitahu bahawa 34 daripada 50 rumah mangsa banjir akibat kejadian kepala air di Kampung Iboi dekat Baling tahun lalu, siap dibaik pulih.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerja baik pulih bagi 16 rumah lagi dijangka selesai 16 Mac ini.

Sementara itu, bagi pembinaan rumah ganti baharu yang membabitkan 12 unit rumah bagi fasa satu, beliau berkata, ia telah mencapai status pelaksanaan 43 peratus setakat 30 Januari lalu.

"Bagi fasa dua sebanyak 17 unit pembinaan rumah baharu yang masih dalam proses pengambilan tanah oleh kerajaan negeri di Bukit Batu Kawi, Mukim Kupang (dekat) Baling.

"Peruntukan (bagi fasa satu dan dua itu) daripada kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan berjumlah RM3 juta," katanya ketika menjawab soalan Datuk Zamri Yusuf (PH-Suka Menanti) yang ingin tahu bilangan rumah yang akan dibaiki dan dibina ganti untuk mangsa banjir kepala air di Yan dan Kampung Iboi.

Muhammad Sanusi berkata, 55 rumah mangsa di Yan yang dibaik pulih pula siap sepenuhnya dengan kesemua rumah itu sudah diduduki penduduk terbabit.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air, Pengairan dan Saliran serta Tenaga negeri Mohamad Yusoff Zakaria berkata, jumlah peruntukan diluluskan untuk Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Baling bagi fasa satu berjumlah RM15 juta.

"Kawasan-kawasan terlibat (dalam projek tebatan banjir itu) adalah tertumpu di kawasan Sungai Kupang," katanya menjawab soalan Abd Nasir Idris (PAS-Bayu) yang ingin tahu mengenai projek tebatan banjir di daerah Baling.

Mohamad Yusoff berkata, projek itu dalam peringkat penyediaan reka bentuk akhir iaitu perunding telah dilantik dengan kontrak RM1.2 juta dan pembinaan dijangka bermula awal tahun depan.



Disiarkan pada: Mac 13, 2023 @ 3:47pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.036464 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list