CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1151|Reply: 0

[Pulau Pinang] Alat permainan seks RM1.1 juta dirampas di Bukit Mertajam

[Copy link]
Post time 14-3-2023 01:44 PM | Show all posts |Read mode
Alat permainan seks RM1.1 juta dirampas di Bukit Mertajam


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Mac 14, 2023 @ 1:24pm  [email protected]






Nik Yusaimi (dua dari kanan) menunjukkan alat mainan seks yang dirampas dalam serbuan di sebuah gudang di Bukit Mertajam, ketika sidang media di Pejabat Bahagian Penguatkuasaan Dan Kawalan KDN Pulau Pinang hari ini. - NSTP/Danial Saad




BUTTERWORTH: Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 22,929 alat permainan seks bernilai RM1.1 juta dalam serbuan di sebuah gudang perkakasan di Bukit Mertajam, dekat sini.

Rampasan membabitkan pelbagai jenis barangan seperti patung seks, alat kemaluan lelaki dan wanita yang dilarang penjualannya di negara ini itu susulan serbuan sempena Op Maya kira-kira jam 12 tengah hari pada 15 Februari lalu

Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN, Nik Yusaimi Yussof, berkata susulan Op Maya hasil risikan dan maklumat awam itu, pihaknya turut menahan seorang wanita berusia 29 tahun yang juga pemilik barangan terbabit.

"Hasil siasatan mendapati semua barangan itu dipasarkan dalam talian sejak tahun lalu pada harga antara RM70 hingga RM450 seunit dengan anggaran keuntungan diperoleh dua kali ganda.

"Apa yang membimbangkan, pelanggan yang membeli barangan terbabit cenderung terdiri daripada golongan muda.

"Ini Op Maya siri kedua selepas operasi pertama di Kuala Lumpur membabitkan rampasan bernilai RM160,000 namun kedua-dua kes itu tidak mempunyai kaitan," katanya pada sidang media di Wisma Pantai di sini, hari ini.

Nik Yusaimi berkata, pihaknya bimbang pengedaran barangan dibawa masuk dari luar negara menggunakan pelbagai kaedah secara haram itu memberi kesan mudarat dalam aspek mental dan ia berlawanan nilai moral serta budaya masyarakat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana memudaratkan moral dan Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan kerana mengedar atau menjual barangan lucah.

Nik Yusaimi berkata, pihaknya turut menyiasat kemungkinan barangan terbabit turut dijual secara runcit dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya melalui talian 03-8000 8000 atau e-mel www.moha.gov.my.









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.252182 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list