CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2436|Reply: 1

[Pulau Pinang] KPDN rampas 22,840 liter diesel bersubsidi cuba diseleweng

[Copy link]
Post time 15-3-2023 11:34 AM | Show all posts |Read mode
KPDN rampas 22,840 liter diesel bersubsidi cuba diseleweng

15 Mac 2023   10:51am






KPDN Pulau Pinang menumpaskan sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Permatang Pauh. - Foto hiasan/123RF




BUKIT MERTAJAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menumpaskan sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi dengan merampas sebuah tangki berisi 22,840 liter bahan api itu yang dianggar bernilai RM50,000 dalam serbuan, semalam.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa negeri, A Mogan berkata, Ops Tapis pada 4 petang itu menyerbu kawasan stor tidak berlesen di Permatang Pauh, di sini dan membongkar kegiatan berkenaan yang didapati beroperasi sejak sebulan lepas.

"Bertindak hasil risikan dan maklumat sejak seminggu lepas, KPDN Pulau Pinang mengesan pergerakan sebuah kepala lori yang mengisi diesel bersubsidi di beberapa stesen minyak di sekitar kawasan negeri ini sebelum membawa bahan api ke kawasan stor tersebut.

"Pasukan penguat kuasa yang mengekori lori itu mendapati pemandunya telah memindahkan sejumlah diesel dari tangki lori tersebut ke sebuah tangki yang berisi lebih 21,000 liter bahan api tersebut di situ (stor). Terdapat dua tangki di situ namun satu lagi kosong," katanya di sini pada Rabu.

Beliau berkata, pihaknya menahan pemandu lori berusia 30-an itu dan hasil siasatan, dia mendakwa melakukan empat hingga enam perjalanan setiap hari untuk membeli diesel bersubsidi yang mampu mengumpul hingga 6,000 liter bahan api tersebut ke dalam tangki di kawasan stor itu.

Mogan berkata, sindiket itu akan mengumpul diesel bersubsidi selama tiga hingga empat hari sehingga tangki di kawasan stor berkenaan penuh sebelum membawa keluar bahan api itu dari situ bagi dijual kepada pembeli sekali gus mengaut keuntungan 30 sen bagi setiap liter atau RM6,000 hingga RM7,000 untuk setiap tangki yang berjaya dijual.

Beliau berkata, stor yang terletak di lokasi dikelilingi sawah dan jauh dari jalan utama itu disewa pada kadar RM3,000 sebulan malah stor itu juga ditutup rapi termasuk pintu utamanya hanya boleh dimasuki dengan menggunakan alat kawalan jauh dikawal sindiket berkenaan.

"Semasa menjalankan risikan, pasukan penguat kuasa turut menggunakan dron untuk melihat dalam kawasan stor kerana terdapat pergerakan mencurigakan sebelum bertindak mengekori kepala lori tersebut. Menurut pemandu lori itu, bagi setiap perjalanan dia mampu mengisi tangki (kepala lori) yang telah diubah suai hingga 1,000 liter diesel bersubsidi.




"Modus operandi sindiket ini sangat licik kerana menjadikan kawasan stor yang dikelilingi sawah dan dipercayai sebelum ini merupakan tempat menyimpan baja bagi mengelak dikesan pihak berkuasa malah sindiket itu dipercayai mampu mengaut keuntungan sehingga lebih RM30,000," katanya.

Menurut Mogan, pihaknya menyita diesel bersubsidi, kepala lori, tangki, motor pam dan satu telefon bimbit yang kesemuanya dianggar bernilai RM95,406 untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. - Bernama





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-3-2023 12:50 PM | Show all posts






Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang, A. Mogan (kanan) melakukan pemeriksaan selepas berjaya menumpaskan sindiket penyelewengan diesel bersubsidi dalam serbuan di stor tidak berlesen di Permatang Pauh di sini. Turut merampas sebuah tangki bersama 22,840 liter bahan api itu bernilai hampir RM50,000. - Foto DANIAL SAAD





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.195620 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list