CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5291|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tahan tiga wanita jadi keldai akaun scam

[Copy link]
Post time 17-3-2023 07:23 PM | Show all posts |Read mode
Tahan tiga wanita jadi keldai akaun scam


Zuhainy Zulkiffli
[email protected]





Gambar hiasan




Bayan Lepas: Tiga wanita disyaki menjadi keldai akaun bagi sindiket penipuan ditahan di tiga lokasi berasingan sekitar negeri ini.

Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dalam kenyataan berkata, sindiket penipuan itu antaranya dalam penghantaran barang, pelaburan mata wang asing yang tidak wujud dan menyamar rakan mangsa.

"Tiga suspek yang berusia antara 39 hingga 49 tahun disyaki terbabit dalam kes penipuan yang dilapor pada 2019 hingga 2022.

"Sindiket ini menyebabkan mangsa kerugian antara RM2,000 hingga RM18,000," menurut kenyataan.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan boleh menghubungi pusat panggilan setempat 'CCID Scam Response Center' di talian 03-26101599 atau layari Facebook Cyber Crime Alert PDRM dan CCID Penang untuk maklumat lanjut.




Disiarkan pada: Mac 17, 2023 @ 6:49pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.052252 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list