CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2375|Reply: 0

Mat Redho mahu bawa pulang emas

[Copy link]
Post time 21-3-2023 11:59 AM | Show all posts |Read mode

MAT Redho dan Hui Teng sertai acara lari berhalangan.

Petaling Jaya: Selepas terpaksa berpuas hati dengan hanya tiga pingat perak di Sukan Sea 2019 Filipina, atlet lari berhalangan negara Mohd Redha Rozlan bertekad membawa pulang emas daripada edisi kali ini yang berlangsung di Kemboja dari 5 hingga 17 Mei ini.

Lebih dikenali sebagai Mat Redho, atlet berusia 34 tahun itu berkata persiapannya untuk kali ini lebih baik dengan adanya gim latihan yang mempunyai laluan berhalangan berbanding ketika Sukan Sea 2019 kerana pada masa itu ia masih dalam pembinaan.

"Bagi sesetengah orang mungkin tempat kedua, naik podium dah bagus, tetapi jiwa saya untuk kemenangan, kalau nombor dua bagaikan kalah. Jadi untuk tahun ini, kita akan beri yang terbaik untuk membalas dendam (dengan bawa pulang emas).

Buat masa ini, kita sedang meningkatkan pecutan dan kekuatan bahagian atas tubuh dengan melakukan latihan memanjat," katanya kepada pemberita ketika lawatan Ketua Kontinjen (CDM) Datuk Mohd Nasir Ali ke venue latihan pasukan itu, di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun model halangan di pusat latihan itu bukan 100 peratus sama seperti trek di Kemboja, pasukan negara sedang menyesuaikan diri selepas mendapat maklumat mengenai ukuran dan jenis halangan daripada penganjur.

Di Filipina, Mat Redho berjaya meraih perak acara 100m lelaki, 400m berpasukan berganti-ganti dan 400m "team assist", manakala Malaysia turut meraih gangsa menerusi Mohd Saddam Mohd Pittli bagi acara 5km lelaki.

Beliau yang pernah muncul juara Ninja League Challenge (NCL) 2018 dengan menewaskan juara American Ninja Warrior, Jake Murray, berkata skuad negara dijangka menjalani kem latihan pusat selama dua minggu di Filipina bermula minggu depan sebagai persediaan ke Sukan Sea.

Bagi kali ini, pasukan lari berhalangan negara menyasarkan untuk meraih emas acara 100m individu dan berpasukan lelaki, serta kedudukan podium bagi acara 100m berpasukan wanita.

Sukan ekstrem yang dianjurkan buat kali pertama pada Sukan Sea 2019, tidak dianjurkan pada edisi 2021 di Hanoi.

Sementara itu, atlet wanita Yip Hui Teng, 32, mengakui berdepan sedikit cabaran dalam menyesuaikan diri dengan larian jarak pendek, selepas beraksi dalam acara jarak panjang pada edisi lepas.

"Jika jarak panjang, kita mempunyai masa untuk merehatkan otot lengan ketika berlari, tetapi apabila jarak 100m dengan 12 halangan, perlu banyak tenaga dan ketahanan pada bahagian atas tubuh.

Namun, saya yakin dapat bersedia menjelang Sukan Sea. Kita sedang fokus kepada pecutan dan larian pada sesi pagi, manakala petang akan membuat penyesuaian dan latihan kekuatan," katanya yang baharu mendapat pengesahan untuk bertanding pada Khamis lepas.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... hu-bawa-pulang-emas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.212529 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list