CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 154|Reply: 0

Real Madrid tempah slot final Piala Raja Sepanyol

[Copy link]
Post time 8-4-2023 12:30 PM | Show all posts |Read mode

BENZEMA meledak hatrik ketika Real menewaskan Barcelona 4-0 pada aksi separuh akhir Piala Raja Sepanyol di Camp Nou awal pagi semalam. – AFP


BARCELONA – Pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti menyifatkan anak-anak buahnya telah mempamerkan aksi sempurna untuk mara ke pentas final Piala Raja Sepanyol selepas menewaskan Barcelona 4-0 pada aksi separuh akhir kedua awal pagi semalam.

Pada perlawanan di Camp Nou itu, skuad The Galacticos mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri apabila Karim Benzema meledak jaringan hatrik selain satu gol sumbangan Vinicius Jr. untuk memastikan pasukan melakar kemenangan 4-1 secara agregat.

Kata Ancelotti, apa yang dipamerkan oleh pemain cukup sempurna dan kemenangan itu lebih manis apabila dikecapi di gelanggang keramat Barcelona yang cukup jarang dilakukan oleh mana-mana pasukan.

“Ini adalah perlawanan paling lengkap pernah dipamerkan oleh pemain kerana bukan mudah untuk melakar keputusan 4-0 di Camp Nou. Tiada apa yang perlu saya katakan mengenai aksi pada perlawanan ini kerana pemain telah memberikan komitmen cukup sempurna.

“Secara peribadi, pada awal saingan kita boleh lihat Barcelona berusaha untuk menambah defisit gol, tetapi apabila kita berjaya meledak jaringan pertama, situasi menjadi berbeza dan saya gembira kita dapat ke penats final pada edisi kali ini,” katanya.

Sementara itu, pengendali import dari Itali itu turut memuji impak yang dipamerkan oleh Benzema yang kembali menemui bisanya selepas meledak jari­ngan hatrik buat dua perlawanan berturut-turut.

“Selepas sering dibelenggu kecederaan musim ini, saya rasakan Benzema sudah kembali tajam dan berada pada tahap terbaik. Dia adalah pemain terbaik dunia dan saya jangka dia boleh menang Ballon d’Or sekali lagi,” katanya. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... iala-raja-sepanyol/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.479194 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list