CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 235|Reply: 0

MotoGP: Bastianini terdesak kembali berlumba di GP Americas

[Copy link]
Post time 8-4-2023 12:31 PM | Show all posts |Read mode

BASTIANINI terdesak untuk turun beraksi di GP Americas selepas gagal beraksi dalam dua perlumbaan awal musim ini akibat kecederaan. – AFP

LONDON – Pelumba Itali, Enea Bastianini perlu menjalani ujian terlebih dahulu bersama pasukan Ducati sebelum diberi ‘lampu hijau’ untuk turun bersaing GP Americas pada 14 April nanti.

Bastianini sebelum ini direhatkan selepas terjatuh pada perlumbaan pecut pada aksi pembukaan Grand Prix (GP) Portugal 26 Mac lalu.

Selepas melakukan pemeriksaan Bastianini mengalami kecederaan bahu dan menyebabkan dia terlepas perlumbaan di GP Argentina.

Meskipun Bastianini tidak melakukan sebarang pembedahan akibat kecederaan tersebut, namun pelumba berusia 25 tahun itu perlu membuktikan bahawa keadaan dirinya benar-benar cergas sebelum dibenarkan turun ke Amerika Syarikat.

Bastianini dikatakan ter­desak untuk mencari mata pertamanya selepas perlumbaan pecut yang diperkenalkan musim ini menjanjikan pungutan mata.

Jika Bastianini terlepas satu lagi perlumbaan ia akan memberi masalah kepadanya untuk berjuang dalam perebutan gela­ran dunia musim ini.

Ketika ini, perebutan gelaran dunia MotoGP 2023 semakin mencabar apabila Marco Bezzecchi (VR46 Racing Team) mendahului carta kedudukan pelumba dengan 50 mata selepas melakukan kejutan muncul juara di GP Argentina.

Juara musim lalu, Francesco Bagnaia jatuh tangga kedua selepas gagal menamatkan perlumbaan di Argentina sekali gus ketinggalan sembilan mata di belakang Bezzecchi. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... mba-di-gp-americas/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.038889 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list