CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 132|Reply: 0

Bakti Mane sempena Ramadan

[Copy link]
Post time 11-4-2023 04:38 PM | Show all posts |Read mode

RATUSAN kampit beras yang sedia diagihkan kepada penduduk kampung Mane. FOTO @oltsport_ @FootballFactly

Dakar: Sadio Mane terkenal dengan kerja kebajikan dan bersempena Ramadan kali ini, bintang Bayern Munich itu meneruskan sikap pemurahnya dengan menyumbang ratusan kampit beras kepada penduduk kampungnya di Bambali.

Pemain antarabangsa itu bersama masyarakat Muslim di seluruh dunia berpuasa pada Ramadan dalam kalendar Islam.

Antara sebahagian usahanya bagi memastikan golongan kurang berkemampuan dapat menjalani ibadah suci dengan lebih sempurna, pemain terkenal itu menyumbang beras kepada setiap isi rumah.

Dalam foto yang tersebar di media sosial, wakil bekas bintang Liverpool itu memantau proses pengagihan bagi memastikan ia berjalan lancar dan setiap penduduk di kampung Mane mendapat jumlah bantuan yang sama.

Mane baru-baru ini kembali pulih daripada kecederaan dan berharap dapat menamatkan kempen dengan cemerlang ketika gergasi Jerman itu masih meneruskan cabaran dalam memburu kejuaraan Bundesliga dan Liga Juara-Juara.

Kecederaan itu menyaksikan tonggak Senegal terbabit terpaksa melupakan Piala Dunia 2022 di Qatar yang menyaksikan Singa Teranga mara ke pusingan 16.

Bagaimanapun, dia kembali beraksi di peringkat antarabangsa minggu lalu apabila membantu juara Afrika mara ke Piala Negara-Negara dengan menewaskan Mozambique.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ane-sempena-ramadan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.460628 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list