CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2139|Reply: 38

[Tempatan] Jaga mulut, adab ketika hari raya

[Copy link]
Post time 19-4-2023 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Lebih kurang tiga hari lagi semua umat Islam di seluruh negara akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Tentunya ia akan disambut meriah di kampung halaman masing-masing, di samping keluarga tersayang.

Kanak-kanak paling gembira, di samping dapat pakai baju baharu, ini lah masanya untuk mereka tambah duit tabung dengan mengumpul duit raya.

Orang dewasa pun, apa kurangnya. Hari raya lah waktu terbaik untuk berkumpul sanak saudara, yang jauh dan yang dekat. Berkongsi cerita, bergurau senda.

Sambutan Aidilfitri ini adalah saat terbaik untuk mengeratkan hubungan silaturahim dengan aktiviti kunjung-mengunjungi pada Hari Raya Aidilfitri.

Namun, dalam keghairahan bercerita dan bergurau, ada beberapa perkara sensitif yang tidak perlu dibawa bercerita.

Banyak isu sensitif yang perlu kita elak, demi menjaga hati ahli keluarga dan sanak saudara. Jangan lah dalam kita bergembira, sampai lupa mana yang patut diungkap atau ditanya dan mana yang tidak patut dibuat gurauan.

Pendek kata, jaga mulut, jaga kata-kata, itu yang penting. Zaman sekarang, bukan ada 'makcik bawang' saja, 'pakcik bawang' pun sama naik.

Untuk mereka yang bujang, jangan lah asyik-asyik tanya bab jodoh. Boleh spoil mood tau. Sampai seru, kahwin lah, sibuk nak tanya, buat apa?

Tak cukup dengan itu, ditanya pula dah kumpul duit kahwin belum? Siapa calon?

Bagi mereka yang sudah berumah tangga, tak perlu lah tanya bab zuriat. Bukan kah itu semua urusan ALLAH SWT? Belum ada anak, ditanya bila nak ada anak, dah ada anak seorang, ditanya pula bila nak tambah.

Apabila ada ramai anak lelaki, tanya pula bila nak tambah lagi untuk dapat anak perempuan pula.

Bagi mereka yang masih belajar, elakkan bertanya mengenai pointer sebaliknya tanya macam mana study sekarang. Kan lebih elok daripada tanya pencapaian mereka dalam pelajaran.

Itu belum masuk bab komen fizikal lagi. Ini lagi lah sensitif. Jangan lah tanya kenapa badan makin berisi, kenapa makin kurus dan sebagainya.

Semua soalan-soalan ini akan membuat orang tergores hati dan tawar hati untuk meneruskan perbualan.

Banyak lagi soalan lain yang boleh ditanya, yang boleh membuatkan tempoh perbualan menjadi panjang.

Antara soalan-soalan itu adalah berkenaan pekerjaan masing-masing, kongsi perkara menarik yang berlaku ketika bekerja, bercerita mengenai isu semasa (elakkan berkaitan seks dan politik) dan meminta cadangan atau pandangan mengikut kemahiran masing-masing.

Selain jaga mulut, kita juga perlu menjaga adab ketika beraya di rumah orang, tidak kira lah rumah saudara sendiri atau kenalan.

Pilih lah masa yang sesuai, jangan terlalu awal pagi dan jangan lah terlalu lewat malam. Tuan rumah pun nak rehat juga.

Adab ketika di meja makan pun harus dititik berat. Jangan terlalu gelojoh dan ambil makanan dalam kuantiti yang terlalu banyak.

Kepada yang ada anak, jaga lah tingkah laku anak-anak. Jangan dibiarkan terlalu bebas di rumah orang, panjat sana sini, masuk bilik tidur dan berlari-lari di dalam rumah. Bimbang akan terkena pasu atau barangan kaca lalu pecah.

Jangan anak-anak yang masih kecil makan sendiri sehingga bersepah rumah orang. Seeloknya, ibu atau bapa mereka suap bagi mengelakkan lantai atau meja makan bersepah dengan makanan.

Selain itu, kawal anak-anak agar tidak membuka sampul duit raya di hadapan tuan rumah atau tetamu lain. Ajar anak-anak supaya menghormati pemberian orang.

Bagi mengelak perkara itu berlaku, ibu bapa perlu tegas dengan mengambil dan menyimpan sampul duit raya yang diterima anak-anak sehingga pulang ke rumah sendiri.

Penulis teringat dengan kata-kata ini, masuk lah rumah orang lain dalam keadaan buta dan keluar lah rumah orang dalam keadaan bisu.

Ini bermakna, apa sahaja yang kita nampak, dengar atau berlaku di rumah orang yang dikunjungi, jangan kita membawa mulut dan bercerita kepada orang lain.

Jaga aib dan maruah tuan rumah, ia juga dikira sebagai hormat menghormati sesama manusia dalam menjaga privasi.

Kesimpulannya, jaga tingkah laku, adab dan mulut kita pada hari raya kelak. Jangan sia-siakan peluang beraya dengan perkara-perkara negatif. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.


https://www.sinarharian.com.my/article/255135/suara-sinar/analisis-sinar/jaga-mulut-adab-ketika-hari-raya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2023 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Setuju...menjadi 'buta' dan 'bisu' itu perlu
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 11:05 AM | Show all posts
jenis pandai clap back dgn org2 yg dare to komen, tny soalan2 sensitip ni xpe lagi
sungguh pun deep down dh sumpah seranah dh org tu



Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapa yg tak jaga mulut jaga adap
Korang jgn bagi duit raya kat anak dia
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 01:09 PM | Show all posts
Da lame kawen nih

bile nak becerai
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 02:34 PM | Show all posts
kdg org tua nak small talk, tanya la bende2 personal
kalau x suka jawab je elok2, contoh bila nk kawin, jawab je la belum sampai jodoh, doakan ye...pastu tukar topic. eh makcik panas betul hari ni kan...dh bole sambung borak isu lain
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2023 02:40 PM | Show all posts
Kadang bila diorg tanya tu mmg ikhlas...utk create spark utk bersembang
Ada dua jenis, satu mmg synical punya pertanyaan, satu lagi mmg tak ada apa2 intention, just nak berborak aje so tanya lah bnda2 basic
Maybe kita pun kena alert yg ditanya tu jenis yg bagaimana
Kalau jenis ikhlas nk bersembang and mmg tak tau situasi kita, kita abaikan aje lah soalan2 maut tu
Kita chill aje...nak stres2 pun tak guna
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 04:25 PM | Show all posts
Boleh je nak sangka baik, acik2 saja je nak small talk, nak buat bersembang.
Tapi tak dapat dinafikan bila tengok setengah acik2 punya senyuman sinis, intonasi, kadang2 tanya dengan suara kuat bagi dengar ke semesta alam, tambah dengan gelak2 perli.

Ini yang menghiris perasaan orang yang ditanya.
Sebab soalan2 sensitip ni sebenarnya tak ada jawapan dari tuan badan yang ditanya.
Contohnya jodoh, anak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2023 04:28 PM | Show all posts
Avoid je acik2 mulut tak reti jaga ni, Biasanya hati busuk apa yang keluar dari mulut dia busuk juga.

Acik2 yang baik hati, besar jiwa, reti je dorang tanya benda2 lain yang tak menyakitkan hati nak buat modal bersembang.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 04:42 PM | Show all posts
Jika anda ingin mengelak daripada mendengar sesuatu yang tidak menyenangkan, sebaiknya jauhi orang yang tidak menjaga mulut dengan baik.

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 04:56 PM | Show all posts
Edited by _blackbird at 19-4-2023 08:58 AM

aku lagi tak paham kenapa nak kena sentap2 bila dpt soalan yg offended or sensitive, geli nokkkk dengan org cepat sentap nih, entitled much mcm la hidup tu hancur berkecai kalau dpt soalan sensitive puiiii, kalau jenis cepat sentap ni ko jgn bergaul dengan org la, ko kurung je diri ko dlm keranda. kalau ko taknak jawap ko tak payah jawap biarkan iainya jadi misteri. takyah la nak melarat2 nak sentap2 nak post status 3 perenggan hanya kerana soalan "bila nak kahwin, bila nak ada anak, bila nak mati" ahhgituhhhh...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 05:02 PM | Show all posts
ko tanya balik kat makcik bawang tu makcik bila nak mampos?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2023 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Oleh itu utk mengelakkan sbrg huru hara mahupun rusuhan kaum eloklah berbual pasal cuaca shj cthnya climate change, global warming dan ozone layer…dan program tv di pagi raya yg patut ditonton seelok2nya rancangan utk seisi keluarga spt circus dan kartun pingu dan elakkan rancangan bual bicara politik…
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Korg bkn budak kecik nk sentap cm xdpt gula2
Pandai2 la jawab dgn elok..org tua tu Tanya aja .bukan nak result test ujian air Mani Masih berkualiti ke tk,Masih perawan data ke tak bagai

Pandai menjawab tu tanda ko org yg matang Dan layak berkahwin
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Tuhan jadikn setiap manusia ni dgn perangai yg berbeza beza. Bukan salah kita pun nk sentap ke tak sentap. So, jaga la lidah tu supaya org tk terasa hati. Kalau org x nk maafkn kita, agak² apa pengakhiran kita nnt.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 06:00 PM | Show all posts
doubleharmonic replied at 19-4-2023 05:02 PM
ko tanya balik kat makcik bawang tu makcik bila nak mampos?



bagus dah cadangan ni... tp kena kurang sedikit kekejaman ayat itu


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2023 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Oiii... Si*l, c*l*ka, hawau, penyapu buruk mana kau pegi hah! Lama tak nmpak...ingat dah mati rupanyer hidup lagi kau yerrr.... Apa kabau?

Orang Melaka tersenyum sinisssss
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 06:21 PM | Show all posts
yang sensitip kuat sentap ni selalu nya andartu senior

apa pendapat @ifanonline

macam mana cara utk handle acik2 mulut kepo ni ketika beraye
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 06:21 PM | Show all posts
Edited by antikorok at 19-4-2023 09:16 PM

Anak Nyet2 Lior... eh, silappp! Budak Datang Beraya rosakkan TV Plasma RM3,999 tersenyum sinissss gaytohhhh


Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 06:27 PM | Show all posts
mulut orang tak dapek kau nak control.

so cara handle nya, tengok keadaan.
kena pandai menyesuaikan diri.

kalau yg tanya yg ikhlas, kita jawab dgn jujur.

kalau yg tanya tu sinis, kita jawab loyar buruk.

kalau yg tanya tu poyo, kita bolayan
bangun pegi amik kuih raya, or baring depan tv,
biar dia cakap sorang2
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.133441 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list