CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 359|Reply: 0

[Kedah] Ribuan bronok terdampar di Sungai Melaka

[Copy link]
Post time 19-4-2023 12:52 PM | Show all posts |Read mode

Bronok yang dipercayai dibawa arus laut hampir memenuhi Sungai Melaka di Padang Matsirat, Langkawi kelmarin.



LANGKAWI – Penduduk di pulau peranginan terkenal ini terkejut apabila ribuan bronok ditemui terdampar di Sungai Melaka berdekatan Pasar Awam Padang Matsirat di sini, semasa air surut kelmarin.

Tinjauan mendapati, spesies hidupan laut seakan-akan gamat atau timun laut tersebut hampir memenuhi sungai sepanjang kira-kira satu kilometer serta meliputi dasar sungai yang cetek.

Kebanyakan bronok berke­naan didapati telah mati dan sebahagian lagi dalam keadaan ‘nyawa-nyawa ikan’.

Seorang penduduk, Mad Nadzri Mahmud, 45, berkata, ini adalah kejadian pertama pernah dilihatnya sejak 20 tahun mencari bronok sebagai sumber pendapatan.

“Biasanya bronok ditemui di pesisiran Pantai Kuala Muda yang berselut, bukannya di kawasan air tawar seperti di sungai ini.

“Bagaimanapun, kali ini arus dari laut menolak selut dan bronok tersebut sehingga hampir ke Pasar Awam Padang Matsirat yang terletak kira-kira 1.5 kilo­meter dari pantai,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin.

Katanya, dia bagaimanapun tidak mengutip bronok tersebut untuk dimakan atau dijual kerana risau akan mengancam kesihatan.

“Saya cari bronok untuk dijual kepada peniaga restoran yang menjadikannya sebagai hidangan kerabu,” ujarnya.

Menurut Mad Nadzri, dia ­biasa mendengar pesanan orang tua yang menyatakan fenomena aneh seperti itu biasanya menandakan sesuatu yang buruk akan terjadi.

“Semasa tsunami melanda Langkawi pada 2004, banyak hidupan laut naik ke darat ­seperti takutkan sesuatu dan itu dikatakan menjadi petanda yang tidak baik,” katanya.

Seorang pemancing, Ahmad Fazil Abdullah, 40, berkata, dia menyedari kejadian itu ketika mahu keluar memancing kira-kira pukul 5 petang kelmarin.

“Terkejut juga kerana saya tidak pernah lihat kejadian se­perti ini berlaku kerana biasa­nya hidupan laut ini terdampar di kawasan pesisiran pantai berselut,” ujarnya.

https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... r-di-sungai-melaka/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.373041 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list