CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 233|Reply: 0

[Kedah] Tak sabar cium tangan ibu, beri kad raya khas

[Copy link]
Post time 19-4-2023 05:29 PM | Show all posts |Read mode
Tak sabar cium tangan ibu, beri kad raya khas


Oleh Zuliaty Zulkiffli - April 19, 2023 @ 5:11pm [email protected]




Foto hiasan.




ALOR SETAR: "Saya nak cium tangan emak, minta maaf atas kesalahan saya dan tak sabar nak bagi sendiri kad ucapan Hari Raya yang ditulis khas untuk emak ketika berada dalam penjara.

"Alhamdulillah, hari ini saya dibebaskan. Dapatlah saya bersama ibu dan keluarga, berpuasa dan menyambut Aidilfitri bersama," kata banduan yang dikenali sebagai Wan, 22.

Wan adalah antara 14 banduan dibebaskan dari Penjara Pokok Sena yang ditemui pada Majlis Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan Madani (Kepulangan Yang Dinanti) Sempena Aidilfitri Tahun 2023.

Wan berkata, beliau ditahan selama 10 bulan di Penjara Pokok Sena atas kesalahan dadah tahun lalu dan sepatutnya dibebaskan pada 8 Mei lalu.

"Ini adalah kesalahan pertama yang saya lakukan dan mungkin yang terakhir. Saya berjanji tidak akan mengulangi kesilapan ini.

"Sepanjang menjalani hukuman, banyak ilmu yang saya pelajari, termasuk solat, fardu ain dan segala kemahiran yang belum pernah saya pelajari sebelum ini," katanya yang berasal dari Mergong, di sini.

Seorang lagi banduan, Shah, 22, berkata, peluang yang diberi hari ini kepadanya selepas dua tahun beraya dalam penjara adalah hadiah Aidilfitri yang tidak ternilai harganya.

"Saya sangat bersyukur dan gembira apabila nama saya dipanggil semalam. Saya tak sangka akan terpilih untuk PBSL ini.

"Tiga kali saya menjalani hukuman penjara. Kali pertama, saya dihukum penjara sembilan bulan pada 2020 atas kesalahan dadah dan jenayah, manakala hukuman kedua pada 2021 hingga 2022 selama sembilan bulan atas kesalahan jenayah. Kali ini dihukum penjara tujuh bulan atas kesalahan mencuri," katanya.

Shah, yang sepatutnya dibebaskan pada 18 Jun ini berjanji akan menghabiskan masa lebih banyak bersama keluarganya dan mencari pekerjaan yang sesuai.

Banduan lain, Din, 62, berkata beliau paling merindui dua cucu perempuannya berusia tujuh tahun dan sembilan tahun, selain empat anaknya yang berusia 17 tahun hingga 37 tahun.

Isterinya, sudah meninggal dunia akibat sesak nafas pada 2021.

"Saya menjalani hukuman 10 bulan di sini atas kesalahan terbabit dengan dadah.

"Ini adalah kali 13 saya menjalani hukuman penjara sejak 2004. Saya sering keluar masuk penjara kerana dadah," katanya.

Din berkata, beluau mendapat tahu akan dibebaskan dari penjara hari ini, pada Isnin lalu dan terlalu seronok sehingga tidak dapat melelapkan mata malam tadi.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Penjara Pokok Sena, S Tanabal, berkata pembebasan 14 banduan berlesen itu dilakukan selepas mereka ditapis dan menduduki ujian supaya mereka layak dan harus mematuhi lebih kurang 14 peraturan atau arahan yang perlu dijalani sewaktu berada di luar.

Beliau berkata, PBSL memberi peluang kepada banduan yang menjalani hukuman singkat bawah setahun untuk bersama keluarga pada Aidilfitri.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.061164 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list