CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 285|Reply: 1

[Pulau Pinang] JPJ tingkat operasi menjelang Aidilfitri

[Copy link]
Post time 19-4-2023 10:50 PM | Show all posts |Read mode
JPJ tingkat operasi menjelang Aidilfitri


]BERNAMA




Butterworth: Menjelang ketibaan sambutan Aidilfitri dalam beberapa hari sahaja lagi, dengan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya di merata tempat semakin ketara, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di setiap negeri mula melaksanakan pelbagai inisiatif dan operasi dalam usaha memelihara keselamatan pengguna jalan raya.

Di PULAU PINANG, Ops Hari Raya Aidilfitri di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, hari ini menyaksikan 11 motosikal disita atas pelbagai kesalahan.

Pengarah JPJ Pulau Pinang Adenan Md Isa berkata operasi yang membabitkan penunggang motosikal itu telah bermula hari ini dan akan dilaksanakan sehingga 27 April nanti, dan antara mereka adalah empat warga asing yang menunggang tanpa lesen.

Beliau berkata antara kesalahan yang banyak dikesan dalam operasi itu ialah memandu laju, menggunakan telefon bimbit ketika membawa motosikal, memotong di garisan berkembar, tidak mematuhi lampu isyarat merah, tidak memakai topi keledar dan lain-lain.

Selain itu menurutnya JPJ sudah mengenal pasti kawasan yang kerap berlaku kemalangan maut di Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Utara (SPU) dan akan meningkatkan rondaan di kawasan berkenaan.



PENGUAT KUASA JPJ melakukan pemeriksaan terhadap penunggang motosikal ketika Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2023 di lorong motosikal Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang di sini. FOTO Danial Saad.

Sementara itu di NIBONG TEBAL, polis menyita 18 motosikal dalam Ops Samseng Jalanan di kawasan Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat dekat sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Deputi Superintendan Mohd Norazmi Abd Ghapar berkata pihaknya menjalankan operasi itu bermula 11 malam tadi hasil risikan dan maklumat awam terdapat kegiatan mat rempit di kawasan berkenaan.

"Hasil pemantauan mendapati ada beberapa remaja menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya di kawasan itu, malah mereka juga tidak memakai topi keledar, motosikal itu disita mengikut Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Semua penunggang motosikal itu yang berusia 13 hingga 22 tahun dibawa balik ke balai polis untuk dokumentasi dan polis turut mengeluarkan saman kepada ibu bapa remaja yang menunggang motosikal tanpa lesen," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, dalam operasi itu 64 saman turut dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan lalu lintas.

Di KOTA BHARU, pemantauan oleh JPJ Kelantan menerusi penggunaan dron dalam Ops Hari Raya sejak Ahad lepas mendapati masih ramai pengguna jalan raya gagal mematuhi peraturan peraturan lalu lintas, terutama yang membabitkan kesalahan memotong barisan.

Pengarahnya Mohd Misuari Abdullah berkata susulan itu 99 notis telah dikeluarkan dalam tempoh berkenaan dalam operasi berkenaan setakat hari ini.

"Operasi dilaksanakan di sekitar Kota Bharu, Tanah Merah dan Pasir Mas. Selain penggunaan dron operasi turut dibantu Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) mengikut kesalahan di bawah Kaedah 5, Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959 iaitu memotong di sebelah kiri jalan.

"Penggunaan dron amat membantu mengesan kesalahan pemandu yang masih degil dan suka melakukan kesalahan yang sekali gus boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas serta risiko berlaku kemalangan khususnya di musim perayaan ini," katanya kepada Bernama ketika dihubungi, hari ini.

"Pada operasi yang sama JPJ Kelantan turut mengeluarkan sebanyak 15 notis kesalahan melanggar lampu merah, lima notis bagi kesalahan teknikal dan dua notis kesalahan tidak memakai topi keledar," katanya.

Sementara itu dalam satu kenyataan Mohd Misuari berkata JPJ Kelantan menugaskan 250 anggotanya bagi membantu pihak polis menyuraikan aliran trafik di Gua Musang sempena hari raya Aidilfitri tahun ini.

"Kita jangkakan aliran trafik akan bertambah dan sesak di pintu masuk utama Kelantan kerana orang ramai akan mula pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya," menurut kenyataan itu.

Selain itu menurutnya pemantauan penuh terhadap kenderaan perkhidmatan awam (bas ekspres) juga akan dilaksanakan dengan membuat pemeriksaan teknikal bas serta pemandu, agar bebas daripada pengaruh dadah di sekatan jalan raya (SJR) Mentara, Gua Musang.

"Kita juga menempatkan anggota JPJ di dalam bas sebagai penumpang bas untuk membuat penyamaran untuk memastikan pemandu bas mematuhi peraturan jalan raya selain pemantauan udara menggunakan dron bagi merakam imej atau video pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan," katanya.

Mohd Misuari berkata Operasi Penguatkuasaan Perayaan Sempena Hari Raya Aidilfitri dilaksanakan bermula semalam hingga 27 April ini.

Di SHAH ALAM, JPJ Selangor akan memfokuskan penguatkuasaan di 23 kawasan yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan di negeri itu sepanjang Ops Hari Raya Aidilfitri 2023 (OPS HRA) yang bermula semalam.

Timbalan Pengarah JPJ Selangor Ahmad Kamarunzaman Mehat berkata antara lokasi yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan ialah Lebuhraya Persekutuan, Jalan Kuala Lumpur - Ipoh, Jalan Meru, Lebuhraya ELITE dan di kilometer sembilan hingga 16 di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Beliau berkata operasi penguatkuasaan yang bermula semalam hingga 27 April, melibatkan 325 anggota JPJ yang memfokuskan sembilan kesalahan utama termasuk tidak mematuhi peraturan lalu lintas, memandu melebihi had laju, mengguna telefon bimbit ketika memandu, memotong barisan dan membawa lebih had muatan.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Ops HRA di Terminal 17, Seksyen 17, di sini hari ini beliau berkata pada Ops kali ini juga pihaknya akan memberi tumpuan kepada penunggang motosikal, antaranya yang berkaitan dengan lesen memandu, nombor pendaftaran kenderaan dan kesalahan teknikal.



ANGGOTA JPJ, Mohd Ali Reduan melakukan pemeriksaan tayar bas ekspres pada Operasi Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2023 peringkat Selangor di Terminal Bas Seksyen 17, Shah Alam. FOTO Faiz Anuar

Di KUALA TERENGGANU, Pengarah JPJ Negeri Zulkarnain Yasin berkata pihaknya telah menggerakkan 160 pegawai dan anggota untuk menjalankan pemantauan di jalan raya pada musim perayaan Aidilfitri.

"Mengikut maklumat daripada polis, terdapat 20 kawasan seluruh negeri yang dikenal pasti sebagai berisiko atau kerap kemalangan. Sebanyak 17 daripada kawasan tersebut melibatkan jalan negeri manakala tiga lokasi lagi di lebuh raya," katanya pada sidang media selepas melakukan tinjauan mesra Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Aidilfitri Peringkat Negeri Terengganu di sini.



Disiarkan pada: April 19, 2023 @ 7:13pm










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-4-2023 10:51 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.044770 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list