CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 257|Reply: 0

[Kedah] 8,200 pelajar dapat manfaat Program Sekolah Tanpa Tunai

[Copy link]
Post time 19-4-2023 10:57 PM | Show all posts |Read mode
8,200 pelajar dapat manfaat Program Sekolah Tanpa Tunai

[size=0.8][size=0.9]BERNAMA



BANK Rakyat.



Alor Setar: Lebih 8,200 pelajar dari 29 sekolah di seluruh negara memperoleh manfaat daripada inisiatif Rakan Strategik Bank Rakyat menerusi pelaksanaan Program Sekolah Tanpa Tunai.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Bank Rakyat Ahmad Shahril Mohd Shariff berkata program itu adalah bagi meningkatkan kecelikan kewangan dalam kalangan pelajar dan mewujudkan ekosistem tanpa tunai di peringkat sekolah sekali gus selaras dengan nilai Madani yang memupuk daya cipta.

"Menerusi Program Sekolah Tanpa Tunai ini, Bank Rakyat menyediakan kemudahan sistem pembayaran tanpa tunai yang menerima kad debit sebagai kaedah pembayaran, perbankan digital kepada pelajar serta terminal pembayaran digital di kantin dan koperasi sekolah," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Bank Rakyat sentiasa komited untuk terus membangunkan ekosistem kewangan yang inklusif dalam memastikan segenap lapisan masyarakat termasuk generasi muda dapat bersama-sama menikmati kemakmuran digital seiring dengan saranan Bank Negara Malaysia.

Ahmad Shahril juga berkata Bank Rakyat mengambil peluang mendekati masyarakat terutama pelajar dengan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti bermanfaat bersempena bulan Ramadan yang penuh barakah ini.

Beliau berkata Bank Rakyat menyantuni lebih 3,000 pelajar melalui penganjuran Karnival Ramadan Nuri di lima sekolah terpilih iaitu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi, MRSM Kuantan, Sekolah Menengah Sains Sabah, Sekolah Menengah Sains Selangor dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang.

"Pada masa yang sama, Bank Rakyat menerapkan nilai Ihsan Madani melalui pemberian sumbangan sempena sambutan Aidilfitri berjumlah RM46,500 kepada sekolah berkenaan untuk diagihkan kepada 310 pelajar asnaf yang terpilih," katanya.



Disiarkan pada: April 19, 2023 @ 6:36pm









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:05 AM GMT+8 , Processed in 1.222091 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list