GUA sebenarnya sudah muak untuk bercerita tentang kisah penceraian artis. Nampaknya sebelum penghujung tahun ini, ada lagi yang perkahwinan mereka berada di hujung tanduk. Lebih memilukan apabila pasangan yang dikhabarkan sedang menghadapi masalah rumahtangga itu merupakan bekas peserta program Sehati Berdansa.
Mujur ada juga berita baik yang diterima oleh bekas peserta program realiti tersebut apabila pasangan Sazzy Falak dan Nazril Idrus bakal menimang cahayamata pertama mereka. Sazzy yang kini hamil empat bulan dikatakan mengandung anak kembar. Alhamdulillah.
Berbalik kepada cerita awal, rumahtangga pasangan yang dimaksudkan sememangnya sejak muncul di kaca televisyen sudah boleh kita nampak kekeruhannya. Si suami silap langkah sikit, ditengkingnya. Jadi, GUA tidak terkejut sangat bila akhirnya mengetahui yang pasangan itu nampaknya mahu menamatkan usia rumahtangga mereka.
Cerita yang GUA dengar mengatakan yang suaminya main kayu tiga di belakang isterinya. Hmmmm…cerita yang menarik untuk GUA korek. Mesti ada sebab mengapa si suami main kayu tiga kan? Kehidupan pasangan tersebut bukanlah biasa-biasa saja dari yang pernah GUA tonton sebelum ini.
Nasihat GUA, usahalah selamatkan perkahwinan tersebut. Kasihan dekat anak-anak. Setiap masalah boleh diselesaikan. Nampaknya badi program realiti Sehati Berdansa itu masih lagi kuat walaupun setelah program itu dihentikan dan diganti Mari Menari.
Credit to : http://www.gua.com.my |