CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 230|Reply: 1

[Kedah] JHEAIK galakkan pakai pelitup muka semasa solat Aidilfitri

[Copy link]
Post time 20-4-2023 12:22 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

JHEAIK galakkan pakai pelitup muka semasa solat Aidilfitri



ALOR SETAR – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) menggalakkan orang ramai memakai pelitup muka ketika menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di mana-mana masjid dan surau di seluruh negeri ini pada 1 Syawal nanti.

Pengarahnya, Datuk Abd. Ghani Zainudin berkata, langkah itu dibuat atas nasihat dan pandangan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, selaras saranan Kementerian Kesihatan (KKM) demi memastikan penularan Covid-19 dapat dikawal dan dicegah.

“Covid-19 belum reda sepenuhnya bahkan masih berlaku peningkatan kes di seluruh negara. Dengan mengambil kira situasi terkini, maka sewajarnya keadaan ini dipandang serius semua pihak.

“Apatah lagi kontak sosial akan bertambah apabila umat Islam di seluruh pelusuk negara pulang ke kampung dari pelbagai lokasi dan tempat.

“Sehubungan itu, JHEAIK dengan nasihat dan pandangan dari Jabatan Kesihatan Negeri Kedah amat menggalakkan orang ramai agar memakai pelitup muka ketika menunaikan solat sunat Aidilfitri di mana-mana masjid dan surau seluruh Kedah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambahnya, orang ramai juga dinasihatkan agar prihatin dan mengambil langkah sewajarnya bagi membasmi wabak penyakit ketika menyambut hari raya dan penganjuran rumah terbuka.

“Semoga usaha ini dapat membantu kerajaan dalam membanteras wabak serta menamatkan rantaian virus Covid-19 dari merebak.

“Mudah-mudahan seluruh umat Islam di Malaysia dan Kedah dipelihara dari musibah dan dapat meraikan hari raya dengan penuh ketakwaan, sejahtera dan aman damai,” katanya. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... a-solat-aidilfitri/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2023 04:06 PM | Show all posts
pakai laa .. kes pun naik byk kat aloq staq tu ..

covid is real ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.175258 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list