Padang Terap: Wanita warga emas rebah ketika hendak menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Tandop Besar, hari ini.
Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar berkata, wanita terbabit yang berusia 75 tahun itu dikejarkan ke Hospital Kuala Nerang untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Beliau berkata, sebaik tiba di hospital, doktor mengesahkan warga emas terbabit sudah meninggal dunia.
"Berdasarkan keterangan anaknya, wanita terbabit mempunyai rekod sakit jantung.
"Namun kematiannya tidak membabitkan sebarang unsur jenayah," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mulkiaman berkata, jenazah wanita warga emas itu akan dikebumikan hari ini.