CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 225|Reply: 0

[Kedah] macam mana nak raya? Penduduk Kuala Kedah kecewa bekalan air masih terputus

[Copy link]
Post time 23-4-2023 04:48 PM | Show all posts |Read mode
Penduduk Kuala Kedah kecewa bekalan air masih terputus


Seorang penduduk Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah membersihkan tangki untuk kegunaan menyimpan air berikutan bekalan air masih terputus di kawasan itu. - Foto ihsan Zaiton Othman.


ALOR SETAR: Penduduk di sekitar kawasan Kuala Kedah, dekat sini, kecewa apabila masalah bekalan air terputus di situ yang berlaku sejak bulan lalu, terus berlarutan sehingga hari ini.

Lebih mendukacitakan mereka apabila sambutan Aidilfitri tahun ini turut disambut dengan ketiadaan air yang meruncing sehingga menyukarkan mereka melakukan kerja harian di rumah.

Zaiton Othman, 51, berkata, masalah bekalan air paip di tempatnya berlaku sejak bulan lalu sehingga menyebabkan perniagaannya di bazar Ramadan turut terjejas.

Katanya, bekalan lazimnya terputus antara jam 8 malam hingga 5 pagi dan selepas itu penduduk di Taman Kota Nelayan akan mendapatkan air dari tangki simpanan yang disediakan.

"Kadang-kadang air simpanan itu tidak mencukupi kerana saya berniaga makan dan minum. Jadi banyaklah air bersih yang hendak digunakan.

"Kami penduduk di sini terpaksa menyimpan air dengan jumlah yang banyak untuk kegunaan mencuci pinggan, mengambil wuduk, mandi dan banyak lagi," katanya ketika dihubungi hari ini.

Penduduk Taman Seri Putra, Saadiah Morad, 62, berkata, bekalan air ke rumahnya masih belum ada sehingga hari ini menyebabkan dia terpaksa meminta bantuan golongan muda di kawasan itu mengangkut air dari paip dari rumah lain yang ada.

Katanya, bekalan air paip yang terputus di kawasan itu menyebabkan penduduk terpaksa menghadkan penggunaan untuk kegunaan harian.

"Air sekejap ada, pastu tak ada langsung. Kalau ada pun keruh macam teh ais.Tapi kalau air keruh, kami gunakan untuk mandi dan cuci pinggan.

"Kalau nak masak atau minum serta ambil wuduk, saya ambil air dari kawasan rumah penduduk yang tidak terjejas," katanya.

Saadiah berkata, keadaan ini berlarutan sejak lebih dua minggu lalu menyebabkan penduduk tertekan.

Katanya, lebih menyedihkan apabila sambutan Aidilfitri tahun ini disambut dalam keadaan suram disebabkan masalah air.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... -air-masih-terputus

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.142717 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list