CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 283|Reply: 0

[Pulau Pinang] Air empangan semakin susut, Pulau Pinang buat pembenihan awan akhir bulan ini

[Copy link]
Post time 25-4-2023 01:14 PM | Show all posts |Read mode
Air empangan semakin susut, Pulau Pinang buat pembenihan awan akhir bulan ini


Oleh Nur Izzati Mohamad - April 25, 2023 @ 11:55am [email protected]




Kapasiti air di Empangan Teluk Bahang semakin menyusut dari hari ke hari yang memerlukan pembenihan awan dilakukan segera.




GEORGETOWN: Operasi pembenihan awan di dua kawasan tadahan air di Pulau Pinang dijangka dilakukan bermula akhir bulan ini bagi mengisi secepat mungkin empangan berkenaan yang kian menyusut hari demi hari.

Semalam, kadar efektif air di empangan Air Itam menyusut lagi kepada 44.8 peratus berbanding 46.1 peratus pada Isnin lalu, manakala empangan Teluk Bahang pula merekodkan penyusutan daripada 49.8 peratus kepada 48.6 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Ir K Pathmanathan, berkata kadar efektif kedua-dua empangan itu masing-masing sebanyak 82.5 peratus dan 64 peratus pada 1 Januari lalu, namun kini menyusut antara 37.7 peratus dan 15.4 peratus disebabkan taburan hujan yang rendah.

Berikutan itu, beliau berkata, Pulau Pinang memerlukan operasi pembenihan awan dan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka membantu melaksanakannya mulai akhir bulan ini.

"Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengesyorkan jangka masa dari 29 April hingga 7 Mei untuk gelombang pertama operasi pembenihan awan yang akan dijalankan di Pulau Pinang bagi tahun ini.

"Keadaan cuaca harus sesuai untuk memaksimumkan kesan operasi pembenihan awan bagi mendorong hujan lebat di kedua-dua kawasan tadahan air berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Terdahulu, Kerajaan Pulau Pinang meluluskan peruntukan RM400,000 bagi membiayai operasi pembenihan awan di negeri itu.

Bagaimanapun, tiada syarikat daripada sektor swasta yang dapat memenuhi kriteria dan syarat ditetapkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sehingga bantuan daripada Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADMA) diperlukan.

Mengulas lanjut, Pathmanathan berkata, pihaknya akan melaporkan hasil gelombang pertama pembenihan awam iaitu berkaitan status empangan apabila ia selesai kelak.

"Dalam hal ini, ia akan mengambil masa beberapa hari, selepas misi pembenihan awan TUDM dijalankan, untuk hujan berlaku dan air hujan mengalir ke empangan.

"Bergantung pada keputusan dan keadaan, PBAPP juga boleh memohon peruntukan tambahan daripada Kerajaan Pulau Pinang untuk membiayai gelombang kedua operasi pembenihan awan tambahan bagi menambah rizab empangan Pulau Pinang," katanya.

Sementara itu, Pathmanathan berkata, pihaknya sekali lagi menggesa penduduk di negeri ini mengurangkan penggunaan air harian mereka dengan mengamalkan langkah penjimatan seperti disyorkan.

"Kita mengingatkan kerana kedua-dua empangan ini tidak diisi semula kepada kapasiti 100 peratus pada penghujung 2022 kerana hujan yang rendah di kawasan tadahan air tahun lalu.

"Penggunaan air domestik pula merekodkan 868 juta liter sehari (JLH) tahun lalu dan ia meningkat kepada 944 JLH pada Februari tahun ini yang memerlukan pengguna perlu berjimat supaya tidak berdepan dengan krisis air," katanya.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.035068 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list