CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 195|Reply: 0

[Pulau Pinang] Op Pagar rekod 42 tangkapan, tumpas 12 kes berprofil tinggi bernilai RM13 juta

[Copy link]
Post time 28-4-2023 04:41 PM | Show all posts |Read mode
Op Pagar rekod 42 tangkapan, tumpas 12 kes berprofil tinggi bernilai RM13 juta


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - April 28, 2023 @ 3:54pm [email protected]




Petugas Maritim Malaysia Pulau Pinang memantau Op Pagar Laut 1/2023 di atas Kapal Maritim BURAU di perairan Pulau Pinang, hari ini. NSTP/Mikail Ong




Bayan Lepas: Bayan Lepas: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerusi Op Pagar Laut merekodkan 42 penahanan dengan 12 daripadanya membabitkan kes berprofil tinggi dengan nilai rampasan berjumlah lebih RM13 juta, setakat kelmarin.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata kejayaan itu adalah hasil operasi di perairan seluruh negara, bermula 9 April lalu.

Katanya, pecahan 12 kes berprofil tinggi itu membabitkan tiga kes cubaan menyeludup rokok dan pencerobohan bot nelayan asing; cubaan kemasukan pendatang asing dan kesalahan menyeludup barang kawalan iaitu petrol serta minyak masak (dua); dan satu kes rompakan berkumpulan serta curi.

Beliau berkata, satu daripadanya ialah kes rompakan kabel membabitkan empat suspek warga tempatan bersenjatakan parang di Pelantar Aurora Producer 1, Tanjung Langsat di Johor pada Isnin lalu yang disiasat mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana merompak secara berkumpulan.

"Bagi kes di Johor, paten jenayah sebegini lazimnya membabitkan warga asing tetapi buat kali pertama rakyat tempatan terbabit dan mereka juga bertindak mengurung pekerja di pelantar terbabit.

"Kita juga melakukan tangkapan kes penyeludupan rokok kontraband di Setiu (Terengganu) dan muara Tok Bali (Kelantan) dan itu antara kes berprofil tinggi yang dikesan selain rompakan bersenjata," katanya pada sesi Lawatan Kerja dan Penyampaian Bingkisan Raya kepada pegawai dan anggota di Kapal Maritim Burau di sini, semalam.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), memangku tugas Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Hamid Mohd Amin.

Saifuddin berkata, operasi bermula 9 hingga 30 April itu membabitkan 800 pegawai dan anggota serta 45 aset yang diletakkan dalam keadaan siap siaga selama 24 jam termasuk aset udara Maritim Malaysia dan pengesanan menggunakan radar meliputi kawasan di Lumut, Perak hingga Kota Kinabalu, Sabah.

"Pengesanan menggunakan radar ini penting kerana daripadanya Maritim Malaysia berjaya mendapatkan maklumat pergerakan mencurigakan, seterusnya memberikan isyarat untuk bertindak selepas mengesan potensi ancaman.

"Saya anggap Op Pagar Laut berjaya dan ini juga memberi penegasan mengenai komitmen tinggi Maritim Malaysia sebagai agensi barisan hadapan yang mengawal perairan negara meliputi sempadan laut, pantai sehingga ke zon ekonomi eksklusif membabitkan jarak sejauh 592,000 kilometer persegi," katanya.

Saifuddin berkata, meskipun Op Pagar Laut bakal tamat pada tengah malam Ahad ini, Maritim Malaysia akan meneruskan tugas hakiki mereka dalam kawalan dan rondaan di perairan seluruh negara dengan beberapa operasi lain akan dijalankan sepanjang masa.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.319445 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list