CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 176|Reply: 0

[Pulau Pinang] PRN: Tiada penyandang mahu lepaskan kerusi - Kon Yeow

[Copy link]
Post time 30-4-2023 06:09 PM | Show all posts |Read mode
PRN: Tiada penyandang mahu lepaskan kerusi - Kon Yeow


Siti Aminah Mohd Yusof
[email protected]



KON Yeow ketika ditemui pemberita sempena Pembukaan Hari Wesak Pulau Pinang. FOTO Mikail Ong.




Georgetown: Semua penyandang kerusi yang dimenangi Pakatan Harapan (PH) di Pulau Pinang setakat ini dilihat mahu mempertahankan kerusi masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata Mesyuarat Majlis Pimpinan Presiden PH semalam memutuskan beberapa perkara termasuk kedudukan penyandang kerusi bagi mempertahankan kerusi yang dimenangi mereka.

Beliau ketika ditanya adakah terdapat kemungkinan adanya penyandang yang ingin melepaskan kerusi mengulas sekiranya ia berlaku maka kerusi itu boleh diberikan kepada parti yang mahu mengambil alih kerusi berkenaan.

"Saya percaya soalan ini rumit tapi jawapannya senang tiada orang mahu lepas kerusi tapi kita ada sebut kalau penyandang tidak mahu maka kita boleh lihat parti mana yang boleh menawarkan diri untuk ambil alih.

"Mungkin juga ia membabitkan pertukaran kerusi misalnya jika ada penyandang mahu melepaskan kerusi di sini untuk mendapat kerusi di luar negeri kita ia boleh dirunding," katanya selepas merasmikan Majlis Pembukaan Hari Wesak Pulau Pinang di sini, hari ini.

Kon Yeow berkata, meskipun PH sudah mencapai kata sepakat berhubung pembahagian kerusi, perkara berkenaan masih perlu dirunding dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) terlebih dulu.

"Kita ada satu kedudukan tetapi kita perlu dengar apa yang akan dikemukakan oleh Umno dan BN...kita mahu melihat sama ada ia selari dengan apa yang kita putuskan, kalau selari maka ia dapat dimuktamadkan dengan lebih mudah," katanya.

Beliau mengulangi, secara prinsipnya PH dan BN bersetuju semua kerusi penyandang kekal kepada parti yang menang pada Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU-14) dalam menghadapi PRN di enam negeri kelak.

Kon Yeow berkata sebarang isu termasuk berkaitan pengagihan kerusi perlu diselesaikan pada peringkat negeri dengan pimpinan pusat akan menyokong apa yang diputuskan namun jika ada perkara yang tidak dapat diselesaikan peringkat negeri maka ia akan diselesaikan pada peringkat pimpinan Pusat.

Ketika ini, Pakatan Harapan (PH) memiliki 33 daripada 40 kerusi Dun Pulau Pinang manakala BN hanya memenangi dua kerusi iaitu Sungai Dua dan Permatang Berangan manakala PAS mempunyai satu kerusi iaitu Penaga.




Disiarkan pada: April 30, 2023 @ 6:03pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.913537 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list