CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 186|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pembenihan awan di Pulau Pinang ditunda awal Mei

[Copy link]
Post time 1-5-2023 08:16 PM | Show all posts |Read mode
Pembenihan awan di Pulau Pinang ditunda awal Mei


Nur Izzati Mohamad
[email protected]



GAMBAR hiasan




Georgetown: Operasi pembenihan awan di dua kawasan tadahan air di Pulau Pinang yang dilaporkan dilaksanakan akhir bulan ini ditunda ke awal Mei bagi memaksimumkan potensi hujan lebat berdasarkan keadaan cuaca ketika itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Ir K Pathmanathan berkata penjadualan semula itu dibuat atas cadangan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang meramalkan kapasiti air akan meningkat pada paras betul sekiranya pembenihan awan dijalankan semasa keadaan cuaca optimum.

Menurutnya, PBAPP sudah dimaklumkan secara rasmi mengenai keputusan itu oleh Badan Kawal Selia Air Pulau Pinang (BKSA) dalam surat bertarikh 28 April lalu.

"Kami menyokong sepenuhnya pendekatan berorientasikan hasil ini. PBAPP menghargai sokongan baik Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), MetMalaysia dan BKSA dalam mengatur dan mempercepatkan operasi pembenihan awan untuk Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Jelasnya, kapasiti air di dua empangan iaitu Air Itam dan Teluk Bahang terus menyusut sehingga kini.

"Pada awal tahun ini, kapasiti efektif empangan Air Itam merekodkan 82.5 peratus dan semalam ia menyusut kepada 43.6 peratus.

"Manakala, empangan Teluk Bahang yang merekodkan kapasiti efektif air 64 peratus awal tahun ini telah menyusut kepada 49.1 peratus semalam.

"Kapasiti efektif kedua-dua empangan ini telah berkurangan kerana kekurangan taburan hujan di kawasan tadahan air yang berkaitan, termasuk musim kemarau berpanjangan serta permintaan air yang tinggi di negeri ini," katanya.

Pathmanathan berkata, kedua-dua empangan itu perlu diisi semula secepat mungkin bagi mengelak krisis bekalan air yang berpotensi berlaku di Pulau Pinang sebelum musim hujan akan datang.

"Kita dimaklumkan pesawat TUDM yang menjalankan operasi pembenihan awan pada awal bulan depan akan berlepas dari Pangkalan Udara TUDM Subang di Selangor. Seorang jurutera PBAPP telah ditugaskan untuk berada di dalam pesawat untuk menyaksikan setiap misi di Pulau Pinang.

"PBAPP juga akan memantau hasil operasi pembenihan awan dengan merekodkan hujan di kawasan tadahan air yang disasarkan dan kapasiti efektif dua empangan itu selepas operasi selesai," katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri dan PBAPP juga mungkin akan memohon lebih banyak operasi pembenihan awan, namun ia bergantung kepada hasil gelombang pertama yang dilakukan awal bulan depan.



Disiarkan pada: April 30, 2023 @ 1:35pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:57 AM GMT+8 , Processed in 2.269064 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list