CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 257|Reply: 2

[Pulau Pinang] Pulau Pinang syor premium tanah perlu ikut penilaian JPPH

[Copy link]
Post time 1-5-2023 08:40 PM | Show all posts |Read mode
Pulau Pinang syor premium tanah perlu ikut penilaian JPPH


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Mei 1, 2023 @ 5:32pm[email protected]






GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang berpendirian, penetapan kadar premium tanah harus dibuat berdasarkan penilaian yang dibuat Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, berkata kerajaan negeri lazimnya tidak menetapkan kadar premium tanah di luar daripada apa yang ditentukan oleh JPPH dan menyifatkan penilaian yang dibuat adalah berasas.

"Jika kita mengenakan satu premium terhadap tanah untuk pembaharuan atau pemberi milikan, ada pihak akan menganggap penilaian itu terlalu tinggi dan ada pihak berasa terlalu rendah. Ia selalu berlaku.

"Oleh itu, kita berpandukan kepada JPPH, baik ia tinggi mahupun rendah, ia turut merujuk transaksi tanah di sekitar tanah yang ingin dinilai itu," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bukit Gelugor, di sini, hari ini.

Kon Yeow berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan untuk menyeragamkan kadar premium tanah untuk projek Kerajaan Persekutuan seperti pembinaan sekolah, hospital dan kem tentera.

Beliau berkata, bagi kebanyakan projek awam di Pulau Pinang, tanah sudah diperuntukkan sejak sekian lama untuk tujuan itu.

"Kebanyakan projek yang dilaksanakan Kerajaan Persekutuan, tanah memang sudah ada dan kadangkala, tanah itu telah lama dipegang atau diserahkan berdekad-dekad dahulu.

"Biasanya juga, projek di bawah RMK (Rancangan Malaysia) bermula dengan pengambilan tanah, sama ada projek itu dilaksanakan serta-merta atau dibawa sebagai projek sambungan," katanya.

Terdahulu, BH melaporkan, satu kertas cadangan untuk menyeragamkan kadar premium tanah yang dikenakan kerajaan negeri sedang dirangka Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) bagi mengelak projek kepentingan awam tergendala atau kosnya melambung terlalu tinggi.

Kertas cadangan JKPTG itu akan dikemukakan kepada Majlis Tanah Negara (MTN) pada masa terdekat supaya semua kerajaan negeri mencapai persefahaman mengenai kadar premium tanah untuk projek Kerajaan Persekutuan.




Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, menyampaikan ucapan pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bukit Gelugor di Padang Koperasi, Sungai Gelugor, di Georgetown, Pulau Pinang, hari ini. - Foto NSTP/MIKAIL ONG





sumber
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-5-2023 08:41 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2023 07:31 AM | Show all posts
secara asasnya semua premium hendaklah mengikut Nilai Pasaran.. cuma ada beberapa negeri yg letak kadar ikut sukati mereka..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.235049 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list