View: 427|Reply: 0
|
Nick Jonas Mempunyai Kencing Manis Semasa Umur 13 Tahun, Bagaimana Tahap Kesihatannya Sekarang?
[Copy link]
|
|
Nick Jonas Mempunyai Kencing Manis Semasa Umur 13 Tahun, Bagaimana Tahap Kesihatannya Sekarang?
Nick Jonas hampir koma akibat mengidap kencing manis tahap 1 dan perkara itu sangat membimbangkan. Jadi bagaimanakah keadaannya sekarang?
Selepas berkidmat di Broadway seawal usia 7 tahun, Nick Jonas dan adik beradiknya, Joe Jonas dan Kevin Jonas menubuhkan band “Jonas Brothers” serta mengeluarkan album pada tahun 2006. Nick Jonas merasai zaman kegemilangannya itu, sama waktu dengan dia disahkan oleh doktor menghidap penyakit kencing manis tahap 1.
VIA google
Beranikan Diri Memberitahu Peminat Tentang Tahap Kesihatannya Itu
Suami kepada bintang terkenal Bollywood Priyanka Chopra itu, mendapat tahu yang dia menghidap kencing manis daripada ibu ayahnya, kerana mereka melihat Nick sering minum air soda yang tinggi dengan gula akan tetapi turun berat yang mendadak.
Lalu kedua ibu dan ayahnya membawa Nick ke Hospital untuk memeriksa tahap kesihatannya. Pemeriksa darah memberitahu bahawa Nick mungkin akan koma jika dia terlambat sehari datang ke Hospital.
“Saya terus tanya kepada ibu ayah saya, adakah saya akan baik-baik saja? saya sangat bimbang bahawa penyakt ini akan mengehadkan keupayaan sayauntuk melakukan semua perkara yang saya mahukan.”-kata Nick
Nick sangat takut ketika mengetahui bahawa dia mempunyai penyakit itu. Walau bagaimanapun, tidak lama kemudian dia mengetahui bahawa itu adalah penyakit yang boleh diurus selagi mana dia rajin menjaga kesihatannya.
Nick juga sering memberitahu mengenai perjuangannya dalam menjaga kesihatan, untuk memberi kesedaran kepada peminat-peminatnya. Pada November tahun lalu, Nick berkongsikan empat tanda amaran jika mempunyai penyakit kencing manis tahap 1 iaitu, penurunan berat badan, dahaga yang berlebihan, kerap membuang air kecil dan mudah marah.
Kini, tahap kesihatan Nick semakin baik kerana dia menjaga kesihatan dengan teratur selama 20 tahun, penyakit yang dia hadapi itu bukanlah penghalang untuknya berjaya sehingga ke hari ini.
Apa-apa pun, jika masih diberi kesihatan yang baik maka jagalah ia sebaik mungkin kerana mencegah lebih baik dari merawat.
Sumber: https://murai.my/2023/178279/nick-jonas-menghidap-kencing-manis/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|