CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 248|Reply: 0

[Pulau Pinang] Ketua Polis Daerah SPS buat laporan terhadap kenyataan fitnah David Marshel

[Copy link]
Post time 4-5-2023 03:12 PM | Show all posts |Read mode
Ketua Polis Daerah SPS buat laporan terhadap kenyataan fitnah David Marshel


Nur Izzati Mohamad
[email protected]



SUPERINTENDAN Lee Chong Chern. FOTO arkib NSTP




Nibong Tebal: Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern membuat laporan polis bagi menyiasat pemilik akaun Facebook (FB), David Marshel yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah berhubung kelulusan permit untuk perarakan pedati bagi upacara keagamaan penganut Hindu di daerah itu.

Chong Chern berkata, laporan polis itu dibuat jam 10.04 malam tadi selepas menyedari kenyataan yang dimuatnaik David yang juga Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

Katanya, satu kebenaran untuk menyiasat (OTI) akan dipohon kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk meneruskan siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Sejurus itu, semakan dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan dibuat selepas OTI diperoleh.

"Perkembangan siasatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Semalam, David memuatnaik kenyataan berbaur fitnah dengan mendakwa Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan enggan dan sengaja melambatkan proses kelulusan permit untuk perarakan pedati bagi upacara keagamaan penganut Hindu.

Antara kandungan yang dinyatakan menyebut beberapa permohonan kuil ditolak atas sebab tidak munasabah sekali gus menidakkan hak penganut agama Hindu yang mahu mengadakan upacara keagamaan.

"Adakah beliau benci terhadap penganut Hindu atau apa yang membuat beliau menafikan hak yang ternyata di bawah perlembagaan negara?

"Ketua Polis IPD SPS ini cuba gagalkan Kerajaan Perpaduan dengan menuai kebencian terhadap kerajaan oleh penganut Hindu di daerah tersebut," katanya.

David mempunyai lebih 70,000 pengikut di laman sosial miliknya dan kenyataan yang dimuatnaik mempunyai dua komen, 12 tanda suka dan empat emoji marah.



Disiarkan pada: Mei 4, 2023 @ 2:32pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.205695 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list