CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 223|Reply: 0

[Kedah] ADUN Belantik kritikal dalam ICU Hospital Sultan Abdul Halim

[Copy link]
Post time 4-5-2023 04:54 PM | Show all posts |Read mode
ADUN Belantik kritikal dalam ICU Hospital Sultan Abdul Halim


Mei 4, 2023 @ 3:39pm



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantik, Datuk Mohd Isa Shafie. - Foto Laman web Pejabat DUN Kedah



ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantik, Datuk Mohd Isa Shafie, dilaporkan kritikal, dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani.

Timbalan Yang Dipertua PAS Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman, berkata Mohd Isa, 69, yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Kedah itu dimasukkan ke Hospital Sik kira-kira 7 malam tadi sebelum dibawa ke HSAH pada 4 pagi kerana mengalami jangkitan kuman pada jantung, paru-paru dan buah pinggang.

"Menurut anak beliau, Ustaz Mohd Isa kelihatan lemah dan rebah di dalam bilik air di rumahnya di Kampung Jelutong, Sik kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam sebelum dibawa ke Hospital Sik dan kemudiannya dipindahkan ke Hospital Sultan Abdul Halim.

"Keadaan kesihatannya lemah dan menurun sebelum doktor menidurkannya. Saya mohon orang ramai mendoakan beliau agar sembuh dan dapat terus berkhidmat kepada rakyat Belantik," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Ahmad Tarmizi yang juga Ahli Parlimen Sik, berkata pada masa ini, orang ramai tidak dibenarkan melawat ADUN itu dan mengharapkan semua ahli keluarganya bersabar menghadapi ujian berkenaan.

Beliau berkata, Mohd Isa menjadi ADUN Belantik selama tiga penggal dan sebelum ini menghidap penyakit diabetes dan tekanan darah tinggi serta jantung.
– BERNAMA









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.048115 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list