CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 234|Reply: 0

[Kedah] Buntu tiada wang tampung rawatan ketumbuhan dalam usus

[Copy link]
Post time 5-5-2023 12:26 PM | Show all posts |Read mode
Buntu tiada wang tampung rawatan ketumbuhan dalam usus


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Mei 5, 2023 @ 10:46am [email protected]




Zuraini (kiri) melihat laporan perubatan Salehah yang menghidap ketumbuhan pada usus dan memerlukan bantuan untuk meneruskan rawatan di hospital. - Foto NSTP/Zuliatu Zulkiffli




SIK: Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Itu nasib dialami Salehah Saad, 48, menghidap ketumbuhan dalam usus dan tiada wang meneruskan rawatan di hospital sejak beberapa bulan lalu.

Keadaan lebih rumit apabila suaminya terbabit dalam kemalangan sehingga menyebabkan patah tangan kanan dan tidak boleh bekerja.

Salehah berkata, sebelum ini dia bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan upah harian tetapi kini tidak bekerja disebabkan sering sakit dan disahkan menghidap ketumbuhan dalam usus sejak tahun lalu.

Katanya, bahagian perutnya kini mengeras menyebabkan ketumbuhan itu pecah dan berlaku pendarahan tetapi terpaksa bertahan kerana tidak mempunyai wang ke hospital.

"Saya hanya menggunakan kain batik sebagai pelapik untuk menghentikan darah kerana tidak mampu membeli lampin pakai buang.

"Kehidupan kami susah dan hanya mampu memberi anak makan apa yang ada di rumah. Kadang-kadang hanya ikan sardin menjadi hidangan harian kami," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Besar, di sini.

Menurut Salehah, dia menjalani rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani namun disebabkan tiada wang dan jarak ke HSAH dari rumahnya mengambil masa hampir dua jam, dia tidak dapat meneruskan rawatan.

"Saya tahu rawatan penting tetapi saya hanya ada motosikal dan kos ulang-alik ke hospital tinggi. Kalau nak naik teksi pula, saya kena sediakan sekurang-kurangnya lebih RM100 tapi nak makan pun duit tak ada, apatah lagi nak sewa teksi," katanya.

Salehah berkata, suaminya, Azemi Hussin, 68, yang sebelum ini menjadi tempat mereka bergantung kini tidak dapat bekerja kerana patah tangan kanan selepas terbabit dalam kemalangan pada Januari lalu.

Katanya, suaminya menoreh getah dengan upah seminggu RM100 tetapi sekarang dia tidak dapat bekerja dan hanya mampu baring di rumah.

"Rumah ini kami sewa RM120 sebulan tetapi sudah hampir setahun tidak dapat membayarnya kerana kami tiada wang, mujur tuan rumah faham keadaan kami.

"Bil elektrik dan air juga sudah tertunggak beberapa bulan namun saya tak dapat jelaskan kerana tak tahu nak cari wang di mana lagi," katanya.

Salehah berkata, dia mempunyai dua anak, Muhammad Amirul Hakimi Azemi, 7, belajar di sekolah pondok berhampiran manakala bongsu, Muhammad Daniel Hakimi, 6, pula tidak bersekolah.

Katanya, akibat masalah kewangan, Muhammad Amirul Hakimi tidak dapat meneruskan pengajian dan dia bercadang menghantar anaknya ke sekolah kerajaan jika mampu.

Ketika tinjauan ke rumah Salehah, didapati keadaan dinding rumah kayu itu sudah reput manakala lantai berlubang namun dia bersyukur ada tempat berteduh bersama suami dan dua anaknya.

Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal yang mengunjungi Salehah menghulurkan sumbangan wang tunai serta barangan kelengkapan dapur serta lampin pakai buang untuk kegunaan mereka sekeluarga.

"CSM akan terus memberi sokongan kepadanya dan memberi bantuan yang termampu demi kelangsungan hidup selain mendapatkan rawatan hospital," katanya.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.076799 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list