View: 1923|Reply: 2
|
Live band mengganggu jiran
[Copy link]
|
|
Ade tak sini peguam, polis, pbt, ketua kg atau sape2 yg arif tentang undang2 live band yg mengganggu jiran?
Aku ni dok tanah lot arwah atok.. buat rumah.. sebelah rumah aku , sepupu aku yg punye tp dia tak tinggal situ... dia buat bangunan, sewakan kat orang yg buat bisnes pagar..
Selama ni mmg diorang bising dgn keje2 buat pagar tu... tp aku pun bekerja di siang hari jd aku xkesah sgt. Cuma kekadang time aku cuti pun diorang buat pagar. Xpe la diorang cari rezeki so aku xpernah komplen pasal ni..
Cuma bengkel diorang ni jd port lepak... ade beberapa kali diorang bukak muzik rock kuat2 dan berkaraoke... aku ni jenis kalau bab hiburan sampai menggangu jiran aku stress..jadi banyak kali la aku bersemuka supaya diorang slow kan volume..
Tapi hari ni betul2 aku rasa diorang melampau... diorang bawak band.. main live... yg ade drum , gitar dll mcm yg kugiran majlis kawen tu...diorang main lagu rock..
Aku pun gi jerit la marah diorang sbb kalau ckp lemah lembut mana nak dengar..sepupu aku dgn owner bengkel bgtau aku diorang nak buat mkn2 jamuan raya mlm ni.. so ptg tu kira praktis band la..
Aku sound balik ..nape jamuan raya xpasang je lagu raya? Perlu ke main lagu rock terjerit2.. diorang xterima teguran aku.. si ketua band cakap biasa majlis kawin diorang main band ok je.. dia kata xsalah..
Bagi aku kalau pemilihan lagu tu tak bingit contoh mcm lagu raya ke lagu balada ke lagu irama tradisional tu aku mmg boleh tolak ansur... tp ini lagu rock yg jenis jerit2 macam lagu bandi amuk yeyeah tu.. aku ade anak2 ..jiran2 lain ada warga emas mungkin jenis redho.
Diorang mula main pukul 6ptg.. pukul 7-9mlm diorang stop..main semula sampai 11.30mlm pun tak berenti.. so 11.30mlm tu aku gi balai repot..polis peronda pun gi tengok lokasi tersebut.
Selesai repot aku pun balik..diorang dah berenti main band tp masih melepak situ..aku dgr diorang borak2 kononnya main band xsalah..boleh main sampai pagi katanya..
So korang yg bijak pandai ni boleh bg komen membina tak? Aku dah google tp xjumpe pasal undang2 liveband. Aku jumpa seksyen 13(1) akta kesalahan-kesalahan kecil 1955.. tp ni mcm boleh repot jika "memasang muzik" lebih dr 12mlm..
Tp memasang muzik dgn live band tu lain.. live band lebih bingit.. bukan ke sepatutnya nak main live band kena ada permit? |
|
|
|
|
|
|
|
rekod video, viralkan
tunjuk jgk copy repot polis tu
zaman skrg klu bg viral laju sket mata2 buat kje
|
|
|
|
|
|
|
|
[AceHand SPECTaceLAR]
Limit pukol doblas tengah malam tu rasanya betol...
Jizzz... Klong! Klong!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|