CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 249|Reply: 0

[Pulau Pinang] Video buli: Polis tahan sembilan remaja lelaki

[Copy link]
Post time 20-5-2023 06:32 PM | Show all posts |Read mode
Video buli: Polis tahan sembilan remaja lelaki


BERNAMA



Gambar Hiasan



Georgetown: Polis menahan sembilan remaja lelaki bagi membantu siasatan berhubung dua kejadian pergaduhan di sebuah sekolah menengah di Butterworth baru-baru ini, yang tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata, mereka yang ditahan secara berasingan di sekitar Butterworth semalam terdiri daripada lapan pelajar sekolah dan seorang sudah tidak bersekolah.

"Saya mengesahkan polis menahan sembilan remaja lelaki berhubung dua video membabitkan dua kes pergaduhan dipercayai berbeza di sekolah yang sama itu, semua mereka ditahan secara berasingan semalam.

"Pegawai penyiasat (kes itu) sedang mengambil rakaman percakapan kesemua tangkapan dan kemungkinan kita akan membenarkan diberi jamin polis pada hari ini memandangkan mereka pelajar sekolah serta bawah umur," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 147 akta sama kerana merusuh.

Terdahulu tular di media sosial dua insiden pergaduhan berasingan di sekolah yang sama dan rata-rata netizen marah dengan tindakan kumpulan remaja itu.

Antaranya, sebuah klip video berdurasi 32 saat memaparkan seorang murid lelaki ditumbuk dan ditendang bertubi-tubi oleh beberapa murid dipercayai berlaku dalam tandas.

Kebanyakan mereka termasuk mangsa serta sekumpulan murid yang menjadi 'penonton' aksi buli itu dilihat memakai pelitup muka dan berpakaian sukan.



Disiarkan pada: Mei 20, 2023 @ 6:25pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.156511 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list