CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 331|Reply: 1

[Kedah] Russian Knights teruja kembali sertai LIMA '23

[Copy link]
Post time 26-5-2023 11:32 AM | Show all posts |Read mode
Russian Knights teruja kembali sertai LIMA '23


Oleh Hamzah Osman - Mei 26, 2023 @ 11:16am [email protected]




Antara barisan juruterbang pasukan Russian Knights yang beraksi sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA'23) hari ini. - foto BERNAMA




LANGKAWI: Pasukan aerobatik Russian Knights teruja dapat kembali menghiburkan pengunjung menerusi 25 formasi pada LIMA 2023 edisi ke-16 kali ini, selepas pameran berprestij itu dibatalkan dua tahun lalu akibat COVID-19.

Komander Pasukan itu, Lt Kol Alekseev Andrey, berkata pasukan itu berbesar hati dan gembira selepas diundang penganjur untuk kembali beraksi di ruang udara negara ini, khususnya Langkawi bersama empat pasukan aerobatik lain.

"Kami teruja untuk kembali membuat persembahan di langit Malaysia selepas mengambil bahagian secara tradisi dalam pertunjukan udara pada LIMA sejak 2013.

"Kali terakhir beraksi di sini pada 2019, datang kali ini untuk bertemu rakan (aerobatik lain) dan menghiburkan pengunjung," katanya pada sidang media di pekarangan Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), hari ini.



Persembahan Russian Knights sempena LIMA '23 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC). - Foto NSTP/Asyraf Hamzah
Alekseev berkata, bagi menyertai LIMA 2023 kali ini, pasukannya disertai 75 kru termasuk 10 juruterbang yang berpengalaman mengendalikan jet pejuang SU-35S bagi melakukan aksi maneuver.

"Bagaimanapun, ketika mengadakan pertunjukan udara, pasukan kami hanya menggunakan enam pilot dan sepanjang beraksi kami melakukan 25 formasi menggunakan jet pejuang SU-35S.

"Sejak tiba di sini, kami dilayan baik, malah seronok melakukan pertunjukan udara di Malaysia," katanya.

Pertunjukan udara pasukannya dilakukan secara profesional sama seperti empat pasukan aerobatik lain termasuk Black Eagle dari Korea Selatan, Jupiter (Indonesia), August 1st (China) dan Al-Fursan (UAE).

"Persembahan pasukan kami di sini bukan kali pertama, namun sebilangan kecil kru dan anggota pasukan ada yang kali pertama kali ke sini, tapi itu bukan masalah," katanya.



Persembahan udara Russian Knights sempena Pameran Udara Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA '23) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC). - Foto NSTP/Asyraf Hamzah

Alekseev turut menyifatkan edisi terbaru LIMA kali ini lebih baik berikutan penyertaan lebih banyak pasukan aerobatik terkenal dari negara lain, walaupun ia mungkin memberi 'sakit kepala' kepada penganjur.

Menjawab pertanyaan perbezaan antara pesawat SU-30SM yang digunakan pasukannya sebelum ini dengan SU-35S yang digunakan sekarang, Alekseev berkata SU-35S mempunyai enjin dan sistem radar yang jauh berbeza, selain saiznya lebih panjang.

Sebagai rekod, pasukan aerobatik itu telah mula menerima SU-35S yang pertama pada tahun 2019 bagi menggantikan Su-30SM.

Pasukan Black Eagle menerbangkan jet FA-50; Jupiter (KT-1B Wong Bee); August 1st (Chengdu J-10) dan Al-Fursan (Aermacchi MB339A).



Persembahan udara dari pasukan Russian Knights sempena LIMA'23 hari ini.


sumber





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-5-2023 11:44 AM | Show all posts
Ribuan 'serbu' LIMA '23, sanggup beratur panjang, jalan sesak 5 kilometer


Hamzah Osman
[email protected]



Orang ramai beratur panjang bagi mendapatkan tiket masuk untuk menyaksikan segmen aeroangkasa di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi. FOTO HAMZAH OSMAN




Langkawi: Orang ramai berpeluang melihat secara dekat aset pertahanan dan keselamatan apabila Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA '23) mula dibuka kepada orang awam, hari ini.

Tinjauan mendapati, Jalan Padang Matsirat sesak teruk sepanjang kira-kira lima kilometer seawal jam 8 pagi, manakala orang ramai beratur panjang untuk mendapatkan tiket masuk di kaunter pendaftaran.

Bagi segmen udara yang berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), bayaran masuk adalah RM35 dan segmen maritim di Resort World Langkawi (RWL) adalah percuma.

Masuk juga adalah percuma untuk pengunjung bawah 16 tahun, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.

Pertunjukan udara membabitkan 60 pesawat dari pelbagai negara dijadual diadakan dua kali iaitu pada jam 10 pagi hingga 12 tengah hari dan jam 2.30 petang hingga jam 4.30 petang.

Pameran statik membabitkan 119 pesawat di landasan kapal terbang pula dibuka mulai jam 9 pagi hingga jam 4 petang manakala dewan pameran yang mempamerkan pelbagai produk pertahanan dalam MIEC daripada jam 10 pagi hingga jam 5.30 petang.

Lima pasukan aerobatik terbabit dalam persembahan.

Ia membabitkan 'Russian Knights' dengan pesawat Sukhoi SU-30SM, 'Black Eagle' dari Korea dengan pesawat KAI-T50B, 'Jupiter', Indonesia dengan pesawat KT-1B Woong Bee, 'Al-Fursan' (Emiriah Arab Bersatu, Aermacchi MB339A) dan 'August 1st' (China, Chengdu J-10).

Turut beraksi dalam pertunjukan udara adalah pesawat tempur Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) seperti SU30-MKM dan F/A-18D Hornet.

Bagi segmen maritim, 40 aset dipamerkan selain demonstrasi bot.



Disiarkan pada: Mei 26, 2023 @ 11:34am












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.212104 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list