CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 151|Reply: 0

Amarjit sedia jadi orang tengah

[Copy link]
Post time 9-6-2023 07:24 PM | Show all posts |Read mode
Amarjit sedia jadi orang tengah



AZIZULHASNI melihat setiap perkara yang dijanjikan MSN hanya tinggal ‘bulan dan bintang’. FOTO AZRUL EDHAM


Kuala Lumpur: Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill bersedia menjadi orang tengah menyelesaikan kemelut membabitkan jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang dengan Majlis Sukan Negara (MSN).

Jelas Amarjit, pihaknya tidak mahu apa yang diluahkan Azizulhasni di laman media sosial miliknya semalam berlarutan dan menginginkan masalah itu segera diselesaikan.

Beliau juga percaya apa yang diluahkan Azizulhasni itu tidak mempunyai niat jahat sebaliknya berkongsi rasa kecewa yang sudah dipendamnya sejak sekian lama.

"Buat masa ini, PKBM sentiasa bersedia untuk menjadi orang tengah antara kedua-dua pihak jika diperlukan.

"Saya berharap luahan Azizulhasni tidak disalah erti kerana yakin dia tidak berniat jahat. Malah kami mahu isu ini diselesaikan segera kerana kami tidak mahu gangguan sebegini pada saat genting dengan Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) akan bermula tidak lama lagi," katanya.

Amarjit tidak menafikan MSN banyak membantu dalam membangunkan sukan berbasikal, menyalurkan semua bantuan termasuk kewangan serta tenaga kerja untuk mengangkat sukan ke satu tahap tinggi.

"Tetapi kami juga memahami, kadangkala mereka turut berdepan kekangan kewangan apatah lagi perlu melihat keseluruhan jenis sukan di negara ini.

"Cuma pada masa sama, Datuk Azizulhasni juga 'istimewa' buat kami. Berapa ramai atlet yang kami lihat menjalani pembedahan jantung terbuka dan selepas itu kembali aktif berkayuh dalam tempoh setahun, malah menunjukkan prestasi baik di kejohanan antarabangsa," katanya.

Menerusi luahan di Facebook miliknya, Azizulhasni yang turut digelar The Pocket Rocketman melihat setiap perkara yang dijanjikan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk memenuhi permintaan dengan menyediakan fasiliti dan sistem sokongan terbaik di Malaysia sejak meninggalkan Melbourne, Australia, hujung tahun lalu hanya tinggal 'bulan dan bintang'.

Azizulhasni atau lebih mesra dengan panggilan Jijoe berkata, pihaknya sudah mengadakan beberapa siri perjumpaan dan perbincangan bersama pihak berkaitan namun jawapan yang diterima cukup mengecewakan sekali gus mengganggu persiapannya untuk mengharungi Olimpik Paris tahun depan.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... a-jadi-orang-tengah

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.058658 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list