View: 230|Reply: 0
|
Danial Syahmi ganti Damok di GP Jerman
[Copy link]
|
|
DANIAL Syahmi akan menggantikan Damok di GP Jerman. FOTO BERNAMA
Kuala Lumpur: Pelumba muda negara, Danial Syahmi Ahmad Shahril dipilih menggantikan pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman yang cedera, sekali gus tidak dapat beraksi di Grand Prix (GP) Jerman yang akan berlangsung dari Jumaat hingga Ahad ini.
ZK Racing menerusi kenyataan memaklumkan pelumba berusia 20 tahun itu akan meneruskan cabaran negara pada Kejuaraan Dunia Moto3 yang diwakili Syarifuddin sebagai pelumba gantian.
Pemilihan itu memberikan pengalaman pertama Danial Syahmi beraksi dalam Kejohanan Dunia.
"Danial Syahmi bersaing dalam Kejuaraan FIM JuniorGP dan Red Bull MotoGP Rookies Cup pada musim ini. Beliau baru sahaja pulih daripada kecederaan buku lali dan membuat penampilan pertama musim ini di JuniorGP yang bertempat di Jerez pada dua minggu lalu.
"Beliau menunjukkan aksi cemerlang apabila berjaya menempatkan diri di tempat kelapan pada perlumbaan pertama dan tempat ke-15 pada perlumbaan kedua dan berjaya meraih 10 mata pertama untuk kedua-dua perlumbaan," menurut kenyataan itu.
Pada Jumaat lalu, Syarifuddin yang lebih mesra dengan panggilan Damok disahkan retak rusuk kiri selepas terbabas dan melambung ke udara ketika menjalani sesi latihan bebas kedua di Litar Antarabangsa Mugello di Itali.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -damok-di-gp-jerman |
|
|
|
|
|
|
| |
|