CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 164|Reply: 0

Hanya ada satu Azizulhasni – Beasley

[Copy link]
Post time 18-6-2023 11:34 AM | Show all posts |Read mode

BEASLEY

JURULATIH basikal trek negara, John Beasley menyifatkan anak didiknya, Datuk Azizulhasni Awang seorang pelumba yang mempunyai mental sangat kuat selepas menoktahkan pingat emas ke-11 pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 semalam.

Beasley mengakui beliau tidak pernah jumpa pelumba yang mempunyai semangat luar biasa seperti Azizulhasni terutama bangkit mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan dalam kariernya selepas menjalani pembedahan jantung pada April tahun lalu.

Ujarnya, beliau nyata berbangga dengan pencapaian yang diraih anak jati Terengganu itu sambil mengakui ‘The Pocket Rocketman’ sememangnya la­yak mengesahkan legasi sebagai pemenang pingat emas terbanyak di pentas Asia.

“Saya rasa Azizulhasni memang layak untuk menang dan beliau berjaya mendominasi acara pecut. Seperti kita tahu, beliau sebelum ini mengalami masalah jantung dan menjalani pembedahan penyakitnya itu.

“Ia satu luar yang luar biasa untuk beliau kembali ke tahap ini. Bagaimanapun untuk saya, ia bukan satu kejutan kerana beliau (Azizulhasni) mempunyai karakter sang juara dan perkara itu bukan satu yang diragui.

“Kredit diberikan kepada atlet luar biasa ini dan dia memang betul-betul atlet berbakat. Saya rasa hanya akan ada satu sahaja individu seperti ini di dunia,” katanya ketika ditemui selepas meraikan kemenangan Azizulhasni di Velodrom Nasional Nilai semalam.

Beasley berkata, beliau dan Azizulhasni enggan terlalu selesa sambil mengakui masih banyak kerja rumah yang perlu dilakukannya dalam persiapan menghadapi Kejohanan Dunia, Sukan Asia dan Olimpik Paris 2024.
https://www.kosmo.com.my/2023/06 ... zizulhasni-beasley/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.055354 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list