CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 246|Reply: 0

[Johor] 100 keluarga di Johor Bahru bakal ‘hilang’ rumah

[Copy link]
Post time 28-6-2023 11:09 AM | Show all posts |Read mode

Rahmad (tiga dari kiri) bersama penduduk memohon campur tangan kerajaan bagi menangani masalah mereka di Kampung Datuk Hajah Hasnah, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Kira-kira 100 keluarga di Kampung Datuk Hajah Hasnah, di sini bakal kehilangan tempat tinggal apabila diarahkan mengosongkan kawasan itu selepas dilaporkan menceroboh tanah kerajaan.

Wakil penduduk, Rahmad Dahman, 70, berkata, mereka yang tinggal di kawasan itu sejak tahun 70-an telah menerima notis pencerobohan tanah kerajaan pada 15 Mac lalu dan diberikan tempoh 60 hari bagi mengosongkan tanah.

Menurutnya, penduduk juga diarahkan supaya membuka sendiri struktur binaan seperti rumah dalam tempoh tersebut.

“Kami mula berpindah ke kawasan ini yang dahulunya paya bagi mengimbangi jumlah penduduk Melayu di Johor Bahru. Setelah ia dibangunkan menjadi penempatan, kami pula diarahkan berpindah.

“Pada 2015, ada sebahagian penduduk di sini bersetuju berpindah ke Pangsapuri Desa Hajah Hasnah yang tidak jauh di sini, namun kira-kira 100 keluarga mahu kekal di sini,” katanya.

Ujarnya, dia bersama jawatankuasa bertindak kampung bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar, namun menemui jalan buntu.

Malah, katanya, cubaan untuk berunding dengan pihak Pejabat Tanah dan Galian juga tidak membuahkan hasil dan harapan terakhir mereka ialah untuk menghadap Sultan Johor.

“Jika tanah ini mahu diambil semula, kami akur, cuma kami mahukan sedikit pembelaan dengan menawarkan penempatan yang selesa serta pampasan.

“Sebilangan kami yang enggan berpindah ke Pangsapuri Desa Hajah Hasnah pada 2015 adalah disebabkan kawasan itu berdepan banyak masalah antara sisa kumbahan melimpah, keadaan bangunan banyak rosak dan retak,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir ketika dihubungi memberitahu, kementerian mengambil berat akan kebajikan penduduk Kampung Datuk Hajah Hasnah itu.

Beliau berkata, pihaknya turut akan meneliti rintihan penduduk mengenai keadaan Pangsapuri Desa Hajah Hasnah yang didakwa tidak mempunyai Sijil Perakuan Kelayakan (CF).

Jelasnya, beliau akan mengadakan sidang akhbar berhubung perkara itu selepas ia diperhalusi dalam masa terdekat.
https://www.kosmo.com.my/2023/06 ... bakal-hilang-rumah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.788774 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list