CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 247|Reply: 0

Victoria diejek penonton Wimbeldon

[Copy link]
Post time 10-7-2023 09:54 AM | Show all posts |Read mode

Elina ke suku akhir Wimbledon selepas tundukkan Victoria. -FOTO AFP

London: Victoria Azarenka membidas penonton Wimbledon sebagai "tidak adil" dan "mabuk" apabila dia dicemuh dari Gelanggang Tengah selepas kekalahannya kepada Elina Svitolina dalam pertembungan yang berunsur politik.

Elina dari Ukraine bangkit daripada ketinggalan untuk menang 2-6, 6-4, 7-6 (11/9) dalam pertarungan yang berlangsung selama dua jam 46 minit untuk menempah pertembungan di suku akhir menentang pemain nombor satu dunia, Iga Swiatek.

Sudah menjadi kebiasaan pemain Ukraine tidak berjabat tangan dengan pemain Belarus dengan Elina turut melakukan itu sebagai protes terhadap pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Belarus adalah sekutu tentera utama Moscow.

Victoria yang mengangkat tangannya ke arah Elina sebagai tanda hormat, meninggalkan gelanggang dengan kedengaran bunyi ejekan.

"Ia tidak adil. Apa itu. Apa yang boleh saya lakukan?" kata Victoria.

"Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan, tetapi saya tidak dapat mengawal orang ramai. Saya tidak pasti bahawa ramai orang memahami apa yang berlaku.

"Tetapi jika orang ramai hanya menumpukan pada jabat tangan atau orang ramai yang mabuk, akhirnya mencemuh, itu memalukan."

Elina dan rakan-rakan pemain Ukraine semua enggan berjabat tangan dengan lawan dari Rusia dan Belarus pada Terbuka Perancis baru-baru ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -penonton-wimbeldon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 10:35 PM GMT+8 , Processed in 1.043409 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list