CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1283|Reply: 1

[DUNIA] Sumpahan Yang Berterusan Akibat Membuka Makam Firaun Tutankhamun!

[Copy link]
Post time 11-7-2023 04:33 PM | Show all posts |Read mode
Sumpahan Yang Berterusan Akibat Membuka Makam Firaun Tutankhamun!



Sumpahan Tutankhamun, merupakan seorang maharaja atau firaun muda yang terkenal pada zaman kerajaan Tamadun Mesir purba. Tutankhamun memerintah dari 1333 sebelum masihi 1323 sebelum masihi.

Pada 1922, Howard Carter (1874-1939) merupakan seorang ahli arkeologi British yang ditugaskan oleh Lord Carnarvon untuk menyelia ekspedisi pengalian arkeologi Deir el-bahri, berdekatan Thebes.

KV62 adalah lembah Raja-raja (Valley of The Kings) di mana jasad Tutankhamun ditemui oleh Carter serta Lord Carnarvon. Tutankhamun telah menaiki takhta sekitar usia 9 tahun dan mangkat sewaktu berusia 19 tahun akibat malaria, 3000 tahun yang lalu semasa di era mesir purba.



Misi Pencarian Jasad Firaun

Lord Carnarvon adalah individu yang membiayai penggalian arkeologi tersebut. Manakala Carter pula ditugaskan oleh beliau kerana Carnarvon mengetahui bahawa Carter akan mengaplikasikan teknik moden untuk mempercepatkan pencarian arkeologi.




Pada 16 Februari 1923, Carter telah berjaya membuka pintu masuk menuju ke bilik pemakaman Tutankhamun. Di dalamnya, terdapat makan firaun tersebut maka terhembus keluarlah udara makam yang berusia 3000 tahun yang lalu buat kali pertama dalam sejarah peradaban moden.



Seorang penulis buku wanita berbangsa inggeris, Marie Corelli (1855-1924) telah menulis sebuah bayangan mengenai ekspedisi Carter itu kedalam majalah New York Times 2 minggu sebelum kematian Lord Carnarvon, bahawa mereka akan mendapat hukuman yang teruk kerana membuka makam tersebut.


Tidak lama kemudian Lord Carnarvon maut disebabkan oleh keracunan darah pada kawasan luka setelah menampar nyamuk dikawasan cukurannya yang terluka. Manakala Carter pula meninggal pada 1939 ketika berusia 64 tahun akibat daripada kanser yang teruk.

Sumpahan Berterusan
Pada 6 May 1923, George Jay Gould l, meninggal pada hari yang sama semasa lawatannya di Mesir ketika melawat makam tersebut. Dua kematian yang berkaitan seperti itu berlaku lagi pada tahun 1928 dan 1929. Mangsa yang terkorban adalah Arthur Mace dan Richard Bethell.

Rakan sekerja Carter iaitu James Henry Breasted (1865-1935) melihat Carter menghantar pengutus mesej ke rumahnya untuk urusan kerja-kerja rumah. Namun setibanya pengutus mesej tersebut kerumahnya di United Kingdom, dia melihat burung kenari dalam sangkar ditelan ular tedung King Cobra. Ia diterjemah simbolik oleh Arthur Weigall iaitu seorang ahli muzium Mesir sebagai simbol firaun menyerang musuhnya.

Beneto Musolini (1884-1945) kerajaan diktator fasis yang mempunyai kepercayaan tahyul (superstitous) yang menetap di Itali. Beliau memiliki keranda Firaun itu sebagai hadiah di dalam rumahnya iaitu Palazzo Chigi, lalu dia membuang keranda itu keluar.



Pada perang dunia ke-2, kerajaan diktator fasisnya tumbang. kesemua rakyatr mula mengejarnya dan menembaknya bertalu-talu semasa cuba melarikan diri bersama perempuan simpanannya. Beneto dan pasangannya ditangkap dan turut digantung terbalik, dikencing, diguling-gulingkan, disepak dan dihempuk dengan penyodok oleh 5000 rakyat itali yang sedang naik angin.

Adakah sumpahan tersebut masih ada sehingga kini? Apa kata anda?

Sumber:https://murai.my/2023/183530/sum ... firaun-tutankhamun/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2023 05:52 PM | Show all posts
Edited by happywheelssaz at 29-8-2023 05:53 PM

A well-written essay or book has the potential to alter the course of so many people's lives. Many thanks for the insightful sharing; I would ask that you please keep it current, and rest assured that I will continue to follow you. monkey mart
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.059024 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list