View: 250|Reply: 0
|
[Selangor]
Tak sampai sebulan keluar penjara, kena cekup lagi
[Copy link]
|
|
Petaling Jaya: Tidak sampai sebulan bebas, seorang bekas banduan ditahan semula beberapa jam selepas disyaki mencuri kereta bersama seorang rakan di sebuah kawasan perumahan di Petaling Utama, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang wanita tempatan jam 1.51 petang.
"Jam 6.30 petang semalam, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya melakukan serbuan di dua lokasi berbeza di sekitar Lembah Klang.
"Serbuan pertama di sekitar Taman Sri Sentosa, berjaya menahan suspek pertama berusia 41 tahun manakala suspek kedua, 42, ditahan di sebuah stor besi buruk di Kampung Pasir Baru, Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, suspek pertama adalah penganggur manakala suspek kedua baru selesai menjalani hukuman penjara di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan (menyebabkan kecederaan) 30 Jun lalu.
Tambahnya, semakan mendapati suspek pertama mempunyai 15 rekod jenayah dan dua kesalahan narkotik manakala rakannya 19 rekod jenayah serta 10 penyalahgunaan dadah.
"Kedua-dua suspek direman tiga hari di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan jenayah boleh menghubungi bilik gerakan IPD Petaling Jaya di talian 0379662222," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ara-kena-cekup-lagi |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|