View: 1812|Reply: 26
|
Adik Bengang Abang Kakak Bekerjaya Buat Ibu Tua Macam Orang Gaji- Masih Susah Payah Masak, Mengemas, Basuh Baju Untuk Anak-Anak
[Copy link]
|
|
Kekangan kewangan menyebabkan ramai yang masih belum berkahwin memilih untuk terus tinggal bersama keluarga meskipun sudah bekerjaya.
Duduk sekali dengan adik-beradik di rumah ibu bapa banyak aspek yang boleh dijimatkan seperti duit sewa, kos barang dapur, bil elektrik, Wi-Fi dan sebagainya.
Namun sesetengah anak-anak tidak sedar bahawa ketika masih tinggal bersama ibu bapa, mereka berkemungkinan melayan orang tua mereka saling tidak tumpah seperti orang gaji.
Gambar Hiasan
Seoran individu, Iman (bukan nama sebenar) meluagkan kepada Panorama yang dia muak dengan sikap tidak bertanggungjawab adik-beradiknya.
Abang dan kakaknya yang telah bekerjaya masih tinggal bersama ibu mereka di sebuah rumah teres di pinggir ibu kota.
Pada asalnya, idea itu dikatakan bernas kerana sekurang-kurangnya ibu mereka tidak ditinggalkan keseorangan dengan adanya anak-anak masih tinggal bersama.
Namun sikap abang dan kakaknya yang lepas tangan berkenaan hal dalam rumah menyusahkan ibunya.
“Saya faham mereka semua sibuk dengan kerjaya masing-masing. Tapi itu bukan alasan langsung tidak buat kerja rumah.
“Kadangkala saya kasihan dengan ibu yang bukan sahaja masih memasak, mengemas rumah, malah masih tolong cuci, sidai dan lipat baju mereka,” ujarnya.
Bercerita lanjut, Iman yang sedang menuntut di sebuah universiti awam dan tinggal di asrama mengakui ‘sakit mata’ melihat sikap abang dan kakaknya.
Iman yang pulang ke rumah pada hujung minggu sering melihat ibunya berhempas pulas mengemas rumah dan memasak sama seperti ketika mereka kecil dahulu.
Lebih memburukkan keadaan, kucing kesayangan keluarga itu juga diuruskan ibunya, termasuk dalam hal memberi makan dan buang najisnya.
“Apabila balik dari kerja, mereka terus campak baju di dalam bakul. Nanti bila nak pakai balik, semua dah tersedia basuh, kering dan lipat.
“Bila lapar pula, minta ibu masak itu dan ini. Waktu cuti, sama ada mereka tidur seharian, main telefon atau keluar dengan rakan.
“Kucing pun biar ibu yang uruskan. Mereka hanya bermain suka-suka sahaja dengan kucing itu,” keluhnya.
Tegas Iman, tanggapan bahawa tanggung jawab sebagai seorang anak sudah lengkap sekiranya sudah menyediakan wang belanja untuk ibu bapa adalah salah sama sekali.
Ibunya yang sudah berusia 65 tahun itu seharusnya berehat dan hanya melakukan aktiviti kerja rumah sekiranya mahu sahaja.
“Tidak dinafikan, setiap bulan mereka beri ibu wang. Kadangkala, mereka belikan hadiah. Tapi saya yakin tanggungjawab anak lebih daripada itu. Buat apa kalau anak masih tinggal di rumah tapi buat macam orang gaji,” katanya menutup bicara. -CARI
Sumber: Kosmo

Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
salah satu sebab aku malas nk balik kampung, tengok "drama" mcm ini lah, dan aku pun bru faham kenapa akak sulung aku jarang balik mungkin sedih tengok keadaan tu |
|
|
|
|
|
|
|
sebelum ko nak hamun akak abang ko, pi la marah mak ko yang jadi enabler… |
|
|
|
|
|
|
|
eyansss replied at 17-7-2023 03:19 PM
sebelum ko nak hamun akak abang ko, pi la marah mak ko yang jadi enabler…
Mungkin nak dia enabler sebab takut nanti abang kakak kaya takmau jumpa mak dah, dan mak tak dapat tengok cucu...
Ketakutan yg terpaling pada org tua tua adalah tak dapat tengok/jumpa cucu...
Mengaku aje lahhh |
|
|
|
|
|
|
|
CI skrg ni banyak isu hal ehwal rumahtangga ye |
|
|
|
|
|
|
|
dalam cerita ni abang kakak masih bujang... but still, kalau tak jadi enabler dari awal lagi, anak kaya raya duit jota2 pun tetap akan ingat untuk jenguk makbapak...
|
|
|
|
|
|
|
|
ramai yg bg mak jaga cucu tp xbagi upah mcm pengasuh ptt dah suruh tu taula sendiri bg upah |
|
|
|
|
|
|
|
Dah mak ko pun suka jadi hamba....
I awal2 dah cakap kat anak2 lelaki, dah kerja nanti sila pindah. Tak kisah la tempat kerja jarak 1km dari rumah, sila kosongkan bilik. Belajar hidup sendiri...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 17-7-2023 04:26 PM
Mak dibagi duit bulanan dan kos makan kos air api dibyr, hujung minggu angkat pergi jalan2, mak nak ada moment mkn ramai2 anak beranak tgk tv ramai2 |
|
|
|
|
|
|
|
sarahmirza replied at 17-7-2023 03:39 PM
Dah mak ko pun suka jadi hamba....
I awal2 dah cakap kat anak2 lelaki, dah kerja nanti sila pindah. ...
Iols ckp mcm tu kt anak, husb iols jeling je |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kes mcm ni. Ambik je maid, tk pyh bg elaun kt mak tu. Mak duduk diam² jaga diri sendiri je. Diorg provide segala benda. |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm tak kena je guna terms "BERKERJAYA" tp sengkek yakmat sampai membabukan mak pak..
Kalo sekadar pakai terms ada kerja tu boleh la... not "berkerjaya", duit pun cukup cukup makan.. bayar bil pun sangkak nak mati...
Choy |
|
|
|
|
|
|
|
Mak kau kena 'fire' anak-anak she ols tu, dik.
Dia diam. Apa kau nak kata lagi?
Dia ok. Apa kau nak kata lagi?
Sepatutnya mak kau hamun kan anak-anak tu pemalas mengangkang buat she ols mcm hamba abdi. Tapi ada tak mak kau buat, dik?
Ada tak mak kau perli, dik?
Takdeeeeeeeee.
SOOOOO? |
|
|
|
|
|
|
|
Mak dia tak garang ka..sblm akak kawin ckp siap2..anak apa semua bg org lain jaga..jgn kacau dah tua2 ni nak rehat..tp ada ja mak sanggup anak lain tgk sakit hati. |
|
|
|
|
|
|
|
Bising la kau.
Dah mak kau rela jadik kuli,
sapa tak ndak maid FOC?
Orang tua ni pun satu,
kadang2 anak tu bukan soh pun mak dia buat keja, tapi mak tu yang takleh benti jadik kuli anak2. Dah dia suka, tu cara dia zahirkan kasih sayang (walau bersifat toksik positivity) - nak tegur pun susah. |
|
|
|
|
|
|
|
dia rela lah tu...bergerak juga tulang 4 kerat... |
|
|
|
|
|
|
|
bro, masa makan ramai2 tu, ajak mak dok dengan kau, cakap ada orang gaji, mak dah bole resign jadi orang gaji kat rumah ni... rumah ni boleh sewa kan, simpan untuk mak buat umrah... penghuni lain pun da mampu cari rumah sendiri...
cakap aja, biar sentap.. result tu kemudian, yang penting, biar sentap dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau mak2 nie memang Tak sedar diri jadi hamba anak ..kalau tengok mcam suka di hambakan anak ,suami n cucu. Ada tu pulak,layanan cucu yang biadap dianggap cute..kesian tapi itulah pilihan depa |
|
|
|
|
|
|
|
kita tunggu la pulak bila ibu tua sakit terbaring.. anak mana yg dtg menjaga? |
|
|
|
|
|
|
|
Please la dik.. ko balik rumah hujung minggu ade menolong x?
Kang da kje, ko move out terus ke atau same je perangai mcm kakak n abg kau |
|
|
|
|
|
|
| |
|