CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 316|Reply: 0

[Perak] Mungkin roh mereka yang saya nampak ketika di hospital - ibu mangsa kemalangan

[Copy link]
Post time 19-7-2023 03:41 PM | Show all posts |Read mode

NORAINI (tengah) bersama cucunya, Mohd Aiman (kiri) dan Mohd Ikman. FOTO Muhammad Lokman Khairi

Batu Gajah: "Ketika dirawat di hospital, saya rasa seolah-olah anak dan menantu ada di sebelah, rupa-rupanya mereka dah meninggal dunia. Mungkin yang saya nampak itu roh mereka," kata Noraini Ahmad mangsa yang terselamat dalam kemalangan di Kilometer 3.5 Jalan Gopeng-Kota Bharu, 10 Julai lalu yang meragut nyawa suami isteri.

Dalam kejadian kira-kira 5.20 petang itu, kereta yang dipandu Noraini, 63, dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas merempuh pagar sebuah kilang memproses tayar di lokasi berkenaan.

Kemalangan itu mengakibatkan anaknya, Mohd Ramddan Abd Rahim dan, 44, dan isteri, Kisdalliana Saad, 43, maut di tempat kejadian manakala Noraini serta anak pasangan itu, Nur Fatihah Najihah Mohd Ramddan, 7, parah di kepala.

Kematian pasangan itu meninggalkan empat anak mereka iaitu Nur Fatin Syafikah, 18; Mohd Ikman Hafifi, 17; Mohd Aiman Daniel, 13 dan Nur Fatiha Najihah, 7, menjadi yatim piatu dalam sekelip mata.

Menurut Noraini, perkara terakhir yang dia ingat ketika memandu adalah cuba mengelak seekor anjing yang tiba-tiba melintas.

"Selepas mengelak saya tak ingat apa yang jadi. Apabila sedar, saya sudah berada di hospital.

"Rasa seperti arwah ada bersama saya (dirawat di wad). Mungkin rohnya, waktu itu saya tak dapat nak kata apa-apa.

"Ibu mana yang tak sedih kehilangan anak dan menantu serentak dengan cara sebegini, tapi saya bersyukur kerana Allah panjangkan umur saya. InsyaAllah... saya akan ambil tanggungjawab untuk menjaga empat cucu ini," katanya ketika ditemui semasa mendapat sumbangan kerusi roda dan alatan bantuan berjalan oleh Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh di Kampung Serkai Jadi, hari ini.

Norani dilaporkan mengalami kecederaan pada tulang leher dan sudah menjalani pembedahan serta dibenarkan keluar wad Hospital Raja Perempuan Bainun (HRPB) Ipoh awal minggu ini.

Sementara itu, ADUN Tronoh, Steven Tiw Tee Siang, ketika ditemui berkata pihaknya berhasrat meringankan beban yang ditanggung empat orang anak yatim piatu berkenaan dengan mengambil mereka sebagai anak angkat dan menyumbangkan RM800 sebulan, selama setahun.

"Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga sudah berikan bantuan kecemasan RM300 kepada keluarga mangsa. Permohonan bantuan kanak-kanak bagi tiga anak mangsa (di bawah usia 18 tahun) sudah diuruskan JKM sementara proses permohonan wang pencen Allahyarham Mohd Ramddan yang berkhidmat sebagai pembantu makmal sekolah kerajaan diluluskan.

"Selain itu, Pertubuhan Amal Sahabat Perak juga menyalurkan bantuan sumbangan wang tunai RM500 kepada keluarga mangsa," katanya.

Difahamkan, anak bongsu pasangan berkenaan Nur Fatihah Najihah masih berada di bawah pemantauan doktor di HRPB Ipoh selepas selamat menjalani pembedahan di kepala pada 11 Julai lalu dan sedang dijaga oleh Nur Fatin Syafikah.

Terdahulu, media melaporkan empat sekeluarga terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan menghantar barang kepada Nur Fatin Syafikah yang baru sahaja mendaftar masuk di Kolej Matrikulasi Perak pada 10 Julai lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... u-mangsa-kemalangan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.041509 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list