CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 246|Reply: 0

[Selangor] Stor diserbu, 56,000 liter diesel bersubsidi dirampas

[Copy link]
Post time 19-7-2023 03:46 PM | Show all posts |Read mode

LORI tangki di sebuah stor penyimpanan diesel bersubsidi di Kampung Kuala Sungai Baru, di sini, semalam. FOTO Ihsan KPDN.

Subang Jaya: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyerbu sebuah stor penyimpanan diesel bersubsidi di Kampung Kuala Sungai Baru, di sini, semalam.

Dalam serbuan jam 9 malam itu, 56,000 liter diesel dengan anggaran nilai RM121,217 dirampas.

Pengarah KPDN Selangor Mohd Zuhairi Mat Radey berkata, operasi dilakukan hasil risikan selama dua bulan dan disyaki terdapat aktiviti pergerakan kenderaan jenis lori keluar masuk di premis terbabit.

"Premis terbabit dijadikan sebagai tempat menyimpan atau stor simpanan minyak diesel secara haram.

"Hasil serbuan mendapati, terdapat satu lori tangki berada di dalam kawasan premis disyaki sedang membuat pengisian minyak diesel dari dua buah skid tank dalam premis, "katanya dalam kenyataan, hari ini,

Beliau berkata, ketika serbuan dijalankan terdapat aktiviti menyedut minyak yang disyaki diesel membabitkan instrumen seperti hos yang bersambung dengan pam penyedut minyak, terdapat juga skid tank dan dua lori tangki.

"Aktiviti menyedut minyak yang disyaki diesel dipercayai dilakukan oleh tiga suspek yang ditemui berada di dalam premis ketika serbuan. Semua suspek dipercayai pemandu lori dan pekerja premis ditahan untuk siasatan lanjut.

"Serbuan berjaya merampas sejumlah 56,000 liter dengan anggaran nilai sitaan RM 121,217 dan anggaran nilai sitaan keseluruhan dalam tindakan kes ini adalah sejumlah RM 343,417,"katanya.

Menurutnya, pihaknya mengambil tindakan ke atas premis terbabit mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

"KPDN akan terus konsisten menggerakkan tindakan penguatkuasaan dan tidak berkompromi dalam menguatkuasakan undang-undang yang dikuatkuasakan di bawah KPDN, khususnya membabitkan penyelewengan ke atas barangan bersubsidi yang menjadi antara salah satu kepentingan awam yang perlu diselia dan dijaga.

"KPDN Selangor juga meminta pengguna untuk menyalurkan maklumat atau sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan perlakuan perdagangan domestik, "katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bersubsidi-dirampas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.041837 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list