View: 1110|Reply: 5
|
Inflasi kembali reda, pasaran pekerjaan petanda ekonomi bertambah baik - DOSM
[Copy link]
|
|
Inflasi kembali reda, pasaran pekerjaan petanda ekonomi bertambah baik - DOSM
Gambar hiasan. Bandaraya Kuala Lumpur. - NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI
KUALA LUMPUR: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam terbitan terbaharu menunjukkan inflasi yang mereda dan pasaran buruh yang bertambah baik menjadi penunjuk positif untuk ekonomi Malaysia.
Inflasi terus menurun pada Jun 2023 kepada kadar terendahnya pada separuh pertama 2023, menandakan paras terendah baharu 2.4 peratus daripada 2.8 peratus pada Mei 2023, kata DOSM dalam satu kenyataan hari ini.
Selain itu, pasaran buruh Malaysia terus bertambah baik pada Mei 2023, dengan bilangan pekerja meningkat sebanyak 2.4 peratus tahun ke tahun kepada 16.28 juta orang.
"Ini turut ditambah dengan peningkatan dalam nisbah pekerjaan kepada penduduk, yang meningkat kepada 67.6 peratus daripada 66.8 peratus pada tahun sebelumnya.
"Keseluruhan tenaga buruh juga meningkat sebanyak 2.0 peratus tahun ke tahun kepada 16.86 juta orang," katanya.
Hasilnya, kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) menokok sebanyak 0.5 mata peratus, mencecah 70.0 peratus, manakala kadar pengangguran menyaksikan penurunan 0.4 peratus dengan merekodkan 3.5 peratus pada Mei 2023.
Ia berkata Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia telah mengalami pemulihan signifikan dengan merekodkan pertumbuhan positif 4.7 peratus.
Katanya, ini adalah peningkatan yang ketara berbanding negatif 3.3 peratus yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.
Pada masa yang sama, sektor pembuatan negara mencatatkan pemulihan kukuh pada Mei 2023, mencapai RM146.8 bilion, meningkat 3.3 peratus, manakala sektor perdagangan borong dan runcit merekodkan peningkatan 6.6 peratus pada Mei 2023 berbanding tahun sebelumnya, katanya.
Sementara itu, Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia meneruskan aliran penurunan, mencatatkan negatif 4.8 peratus bulan lepas, daripada negatif 4.6 peratus bulan sebelumnya.
– Bernama
Sumber:https://www.bharian.com.my/bisne ... a-ekonomi-bertambah
|
|
|
|
|
|
|
|
ini adalah Bukti Negara Malaysia sangat hebat dalam kebijakan ekonomi dan handal dalam menikatkan kekuatan ekonomi negara secara Stabil dan produktif |
|
|
|
|
|
|
|
prn dia turun bulan 8 dia naik semula ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Negara memang perlu melakukan maintain kesetabilan perekonomian dalam negeri dan memperkuat pengaruh ekonomi dan politik antar bangsa, maka inflasi bisa lebih mudah dikendalikan |
|
|
|
|
|
|
|
kerajaan berhasil memberikan tekanan kepada Inflasi ini adalah bukti bahwa perekonomian negara meningkat dan jika dipertahankan jangka panjang akan memberikan kemajuan |
|
|
|
|
|
|
|
semoga kedepan masa kerajaan boleh majukan bidang ekonomi dan menekan inflasi |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|