View: 1551|Reply: 0
|
F1: Pelumba desak GP Belgium dibatalkan
[Copy link]
|
|
RUSSELL percaya perlumbaan GP Belgium perlu dibatalkan jika hujan lebat berterusan kerana ia meningkatkan risiko kepada para pelumba. - AFP
STAVELOT, Belgium – Pelumba Mercedes, George Russell menyeru agar pihak pengelola Formula Satu (FIA) mempertimbangkan untuk batal perlumbaan Grand Prix (GP) Belgium yang akan berlangsung malam esok sekiranya keadaan cuaca bertambah buruk.
Status penganjuran GP Belgium sebelum ini menjadi tanda tanya selepas satu tragedi kemalangan di Litar Antrabangsa Spa itu pada Kejohanan Formula Eropah yang meragut nyawa pelumba muda, Dinalo van’t Hoff pada bulan lalu.
Situasi tersebut adalah yang kedua berlaku di litar klasik itu selepas turut meragut nyawa, Anthoine Hubert menerusi saingan Formula Dua (F2) pada tahun 2019.
Russell yang mewakili pendapat rakan pelumba F1 yang lain percaya jika hujan berterusan sehingga hari perlumbaan, agak sukar untuk mereka memberikan saingan kompetitif kerana keadaan litar yang dianggap cukup berisiko.
“Kami tidak lagi mahu lihat malapetaka di litar ini dan cukuplah apa yang berlaku. Semua orang mahu berlumba, tetapi jika keadaan hujan lebat, saya harap ia dibatalkan. Andai keputusan sebaliknya, saya harap FIA bertanggung jawab nanti,” katanya.
Sementara itu, Russell percaya daripada aspek keselamatan, Litar Spa tidak mempunyai sebarang masalah, tetapi ia lebih berisiko jika dianjurkan dalam keadaaan cuaca yang buruk.
“Sekiranya cuaca baik, Litar Spa tiada isu mengenai aspek keselamatan. Namun, harus diakui ia adalah paling mencabar buat pelumba dalam kalender F1 selepas GP Arab Saudi di Litar Jeddah, GP Jepun di Litar Suzuka dan GP Monaco kerana treknya agak sempit,” katanya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/07 ... belgium-dibatalkan/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|