CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3085|Reply: 0

Masih banyak lagi 'kerja rumah' perlu dibereskan Zii Jia

[Copy link]
Post time 6-8-2023 03:57 PM | Show all posts |Read mode
Masih banyak lagi 'kerja rumah' perlu dibereskan Zii Jia


Cabaran Zii Jia pada Terbuka Australia tersekat di separuh akhir semalam.



KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia mengakui masih banyak lagi 'kerja rumah' yang perlu dilakukannya dan perlu lebih bersabar dalam usaha untuk melonjakkan semula prestasinya.

Semalam, kebangkitan dicetuskan Zii Jia untuk keluar daripada belenggu prestasi tidak menentu terhenti di separuh akhir Terbuka Australia.

Dia terpaksa akur apabila tewas di tangan di tangan wakil China, Weng Hong Yang 19-21, 21-13, 13-21 pada aksi yang berlangsung di gelanggang Quaycentre.

Walaupun gagal ke pentas final, pencapaian mara ke separuh akhir di Australia dianggap satu pencapaian besar buat Zii Jia yang sebelum ini tersingkir di pusingan awal dalam lima kejohanan berturut-turut.

"Saya sudah cuba melakukan yang terbaik tetapi Weng (Hong Yang) bermain dengan baik. Dari aspek fizikal dan mental, dia ada kelebihan, dia lebih bersedia.

"Apa pun, saya tetap gembira dengan keputusan ini (separuh akhir) tetapi secara peribadi masih ada banyak yang perlu saya lakukan bagi mendapatkan semula keyakinan.

"Saya tahu ini adalah prosesnya dan saya perlu lebih bersabar. Selepas ini, saya akan berehat dan buat persiapan untuk kejohanan seterusnya," kata Zii Jia kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Bekas juara Seluruh England itu selepas ini akan beraksi di Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark 21 hingga 27 Ogos ini.

Tidak lagi berada dalam kelompok 10 terbaik, Zii Jia, berkata dia selesa dengan status sebagai pemain underdog.

"Ia bagus dapat bermain tanpa sebarang tekanan kerana kedudukan ranking saya yang rendah. Saya mengejar pemain yang berada di kedudukan lebih tinggi.

"Sebaik sahaja anda naik, tekanan itu pasti ada. Saya percaya itu adalah cabaran untuk kami semua," katanya yang ketika ini berada di kedudukan ke-17 dunia.


Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... -dibereskan-zii-jia

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.256090 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list