View: 1444|Reply: 0
|
Zarco mahu setia bersama Ducati, MotoGP
[Copy link]
|
|
ZARCO mahu kekal mengemudi jentera Ducati di MotoGP sekali gus menolak spekulasi perpindahannya ke LCR Honda atau WSBK. - AFP
LONDON – Pelumba Perancis, Johann Zarco mengakui tidak sebab dia untuknya turun ‘pangkat’ bersaing di Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) kerana ketika ini dia masih berjuang untuk merebut kedudukan lebih baik di pentas MotoGP 2023.
Zarco ketika ini menduduki tangga kelima dalam carta kedudukan pelumba dengan mengumpul 109 mata dan berpeluang untuk naik ke tangga kedua selepas hanya dipisahkan 50 mata dengan rakan sepasukannya dari Pramac Racing, Jorge Martin.
Sebelum ini timbul spekulasi kontrak Zarco yang bakal tamat pada penghujung musim ini masih belum diputuskan untuk disambung dan tempatnya dikatakan bakal diambil alih anak didik Valentino Rossi, Marco Bezzecchi tahun depan.
Bagaimanapun, Zarco juga dikaitkan akan menyertai LCR Honda selepas pelumba Sepanyol, Alex Rins sah menyertai Yamaha tahun depan apabila menggantikan tempat Franco Morbidelli.
“Saya berada di kedudukan yang baik dalam kejuaraan MotoGP, jadi mengapa saya perlu memikirkan WSBK sekarang? Apa yang pasti, saya tidak akan pergi ke WSBK. Bukan kerana saya tidak suka, tetapi saya masih beraksi dalam MotoGP.
“Walaupun orang di luar sana kata saya tidak menang. Tetapi, berapa ramai pelumba yang mampu kekal dalam kelompok lima terbaik setiap tahun? Saya seorang pejuang yang kuat dan akan kekal,” kata Zarco.
Dalam pada itu, Zarco turut positif dikaitkan menyertai LCR Honda, tetapi buat masa ini dia ingin kekal mengemudi jentera Ducati bersama Pramac.
“Ia adalah bagus jika mendapat tawaran dari Honda. Tetapi, sasaran saya ialah kekal bersama jentera yang kompetitif dan juga pasukan yang mampu melakar kemenangan. Ducati ketika ini mempunyai jentera yang baik,” tegas Zarco. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... sama-ducati-motogp/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|