View: 1425|Reply: 0
|
Jentera Aprilia kuasai Silverstone
[Copy link]
|
|
ALEIX berjaya menjulang kejuaraan pada GP British kelmarin selain tiga lagi pelumba Aprilia berada dalam kelompok 10 pelumba teratas. - AFP
SILVERSTONE – Pelumba Aprilia, Aleix Espargaro mengakui kemenangannya di Grand Prix (GP) British kelmarin serta kejayaan dua lagi pelumba Aprilia berada dalam kelompok lima terbaik di Litar Silvertone adalah satu langkah positif bagi mereka musim ini.
Espargaro yang memulakan perlumbaan di petak ke-12 tampil dengan perlumbaan cukup baik selepas mengatasi pelumba Ducati, Francesco Bagnaia di pusingan terakhir sekali gus melakar kemenangan pertamanya musim ini.
Pada awal saingan, Bagnaia dilihat tidak berdepan masalah untuk menjulang kemenangan di Silverstone, namun segalanya berubah apabila hujan mula turun pada penghujung perlumbaan dan mengganggu rentak perlumbaan pelumba Itali tersebut.
“Hebat Aprilia hari ini, terdapat tiga motosikal dalam kedudukan lima teratas dan juga seorang lagi berada di kelompok 10 terbaik iaitu Raul Fernandez (Aprilia RNF).
“Saya cukup yakin bahawa kami akan sampai ke sana (puncak). Secara keseluruhan saya sangat gembira kembali melakar kemenangan. Mungkin pada awal musim jangkaan agak terlalu tinggi.
“Saya melakukan banyak kesilapan hingga hilang terlalu banyak mata. Secara keseluruhan saya sangat gembira dengan potensi jentera ini. Walaupun bermula dari petak ke-12 saya berasa sangat baik dengan motosikal itu,” kata pelumba Sepanyol tersebut.
Dalam pada itu, Ketua Pasukan Aprilia, Massimo Rivola turut positif keputusan yang diraih kesemua pelumba mereka yang menamatkan perlumbaan dengan kutipan mata.
“Hari ini adalah hari yang hebat untuk Aprilia. Miguel Oliveira juga luar biasa dan Raul Fernandez juga berjaya menduduki tempat kesepuluh. Maverick Vinales pula tampil dengan perlumbaan yang cukup baik,” kata Rivola.
Hasil keputusan tersebut, Bagnaia akur menamatkan perlumbaan tempat kedua, manakala pelumba Afrika Selatan, Brad Binder dari KTM tempat ketiga selepas berjaya memintas pelumba RNF, Miguel Oliveira pada penghujung perlumbaan. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... kuasai-silverstone/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|