CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2401|Reply: 0

[Pulau Pinang] Penduduk Mutiara Heigts tunjuk semangat patriotik

[Copy link]
Post time 10-8-2023 10:46 AM | Show all posts |Read mode
Penduduk Mutiara Heigts tunjuk semangat patriotik


Zuhainy Zulkiffli
[email protected]



Penduduk Pangsapuri Mutiara Heights, Jelutong memasang Jalur Gemilang bersaiz mega berukuran 30 meter di parkir bertingkat perumahan terbabit bagi memeriahkan Bulan Kebangsaan. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI




Georgetown: Bukan sahaja memasang dan mengibarkan bendera Malaysia, sebahagian penduduk Pangsapuri Mutiara Heights, Jelutong di sini, turut mengedarkan Jalur Gemilang kepada orang awam sebagai memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan.

Pengerusi Persatuan Penduduk, Mohd Arshad Abdul Rahman berkata, sebanyak 1,000 Jalur Gemilang pelbagai saiz dipasang dan diagihkan kepada pengguna jalan raya.

Katanya, aktiviti itu juga adalah bagi mengukuhkan lagi perpaduan dan kerjasama penduduk tanpa mengira bangsa, agama dan usia.

"Seramai 30 penduduk secara sukarela terbabit dengan aktiviti ini dan pemasangan dibuat secara berperingkat memandangkan mereka bekerja tetapi yang penting semangat patriotisme dapat disemai.

"Dalam keghairahan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), kita perlu kenang erti perjuangan orang terdahulu dan sudah jadi tanggungjawab kita kibar Jalur Gemilang apabila tiba bulan kebangsaan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Turut mencuri tumpuan ialah dua Jalur Gemilang bersaiz mega berukuran 30 meter setiap satu yang dipasang di kawasan parkir bertingkat pangsapuri berkenaan.

Sementara itu, penduduk Abdul Rahim Bukhari, 60, berkata, persediaan bagi aktiviti itu sudah dilakukan sejak Julai lalu.

"Kita sudah bersedia sejak sebulan lalu dan apabila pasang banyak bendera, barulah rasa bersemangat malah kami akan dibantu golongan muda bagi pemasangan bendera yang seterusnya," katanya.

Penduduk, Jabar Abdullah, 60, berkata, dia gembira melihat pelbagai golongan usia berganding bahu memasang bendera dan menjayakan aktiviti itu.

"Kalau semua tidak bersatu, ini tidak akan berlaku. Di sebalik bendera parti, ada Bendera Malaysia dan apabila ia berkibar nampak cantik sekali," katanya.



Disiarkan pada: Ogos 10, 2023 @ 10:39am










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.180166 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list